Hhhmmm ... memang sukar untuk membezakan agensi manakah yang dibenarkan untuk membawa jemaah ke tanah suci dengan agensi yang tidak dibenarkan.
Agensi yang boleh membawa jemaah adalah agensi yang dibenarkan untuk mengeluarkan visa melalui permohonan ke Kedutaan Arab Saudi. Saya gelar Agensi Induk. Selainnya adalah sekadar menumpang agensi ini - Agensi Sandaran.
Pun begitu, ini tidak menghalang Agensi Sandaran untuk membuat urusan logistic umrah seperti kursus, tiket penerbangan, tempat tinggal di Madinah/Mekah, makan/minum dan pengangkutan darat semasa di tanah suci.
Sebagai contoh, En Ahmad mendaftar urusan umrahnya dengan FGHJ Travel Agent. Kemudian bila berkumpul di KLIA, En Ahmad mendapati taklimat berkumpulan yang diberi adalah bersama YUIO Travel Agent dan BNVM Travel Agent. Bila dilihat dari segi kumpulan (mengenal melalui beg-beg), BNVM Travel Agent adalah kumpulan yang terbesar. Dari sini, secara zahirnya, BNVM Travel adalah Agensi Sebenar manakala FGHJ dan YUIO adalah Agensi Sandaran.
Tambah mengecewakan lagi bila En Ahmad bersembang dengan jemaah BNVM Agensi dan mengetahui kos keseluruhan jemaah itu jauh lebih rendah dari kos yang dikenakan kepada beliau. Masa ini dah berdetik dihati mengatakan ... 'aku ditipu lagi' ... satu 'mark' untuk marah ... jeng-jeng-jeng!!!
Tidak banyak Agensi Sandaran yang akan membuka cerita siapakah agensi Induk mereka, jika saudara bertanya terus kepada mereka ... kenapa?
Senang saja ... Agensi Sandaran adalah agen kepada Agensi Induk. Mereka-mereka ini menerima komisen dari Agensi Induk!
Pun begitu, terdapat juga Agensi Sandaran yang besar ... mereka tidak menerima komisen dari Agensi Induk. Sebaliknya mereka cuma menggunakan Agensi Induk untuk memohon visa, selainnya mereka yang uruskan.
Moralnya, jika mahu mendaftar, kenal pasti agensi saudara ...
Sebagai rujukan tambahan bacaan saudara, sila layari Utusan On Line http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
No comments:
Post a Comment