Blog ini memcangkupi segala aspek umrah... insyallah

  • Breaking News

    Friday, May 21, 2010

    Bagaimana Memilih Agensi Umrah?



    Cara Memilih Agensi Pengelola Umrah
    Hasrat murni jemaah menunaikan ibadah umrah dapat ditunaikan sekiranya jemaah mengambil langkah-langkah berikut:
    1. Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Setiap promosi yang diiklankan mempunyai nombor rujukan kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.
    2. Menyelidik latar belakang agensi; lesen dan permit untuk ‘outbound’ yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah.
    3. Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain.
    4. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi samada penerbangan terus atau transit.
    5. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.
    6. Periksa mungkinkah akan terdapat bayaran-bayaran tambahan bila sudah dekat dengan hari penerbangan.
    7. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan lain yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa? Jika ada minta maklumat.
    8. Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah?
    Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.

    Bagaimanakah hendak mengenal pasti agensi pengelola umrah yang sah? Maklumat ini diperolehi pada 27 April 2010.



    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk terus ke whatapps

    nota umrah

    Selamatkan Gaza

    Tabung Palestin HALUAN
    (Maybank Berhad) 5-644-902-085-28

    Mari sama-sama kita menabung untuk SAHAM AKHIRAT,

    TAKBIR ... ALLAHUAKHBAR!!!!

    Panduan Umrah Bagi Yang Masih KELIRU

    Panduan Umrah Bagi Yang Masih KELIRU
    Sebuah panduan bagi jemaah yang pertama kali hendak menunaikan umrah.

    Popular Posts

    Labels

    agensi (12) artikel (33) haji (1) makanan (3) tips (10) umrah (12) ziarah (13)