mohon sumbangan

"Hai Rabi', keridaan manusia ialah tujuan yang tak akan tercapai maka perhatikan saja apa yang baik untukmu dan tekunilah itu karena kau tak akan mendapat jalan untuk meraih keridaan semua orang. Ketahuilah, barangsiapa belajar Al-Qur'an, akan mulia di mata orang. Barangsiapa belajar hadis, akan kuat hujjah-nya. Barangsiapa belajar nahwu (tata bahasa), akan disegani. Barangsiapa belajar bahasa Arab, akan lembut perangainya. Barangsiapa belajar berhitung, akan baik pendapatnya. Barangsiapa belajar fiqih, akan mulia kedudukannya. Barangsiapa tidak menjaga diri, tidak akan bermanfaat ilmunya, dan kunci dari semua itu adalah takwa." (Shifatus Shafwah, 1/235) Al Imam Asy Syafie

Thursday, December 19, 2013

Dokumen Sokongan

AsSalam para jemaah sekelian ....

Dah lama dan terlalu lama saya tak buat posting .... maaf ya

Kali ni saya nak update pasal prosess baru yang diperlukan untuk membuat visa ... tanpa nya visa para jemaah tidak boleh dikeluarkan ...

Secara mudahnya adalah ...

1. Salinan surat beranak
2. Salinan Sijil Nikah ...

Kedua dua ini para jemaah haruslah bawa ke KDN untuk pengesahan bersama salianan asal ... tapi sebelum itu ...

Salinan Surat beranak haruslah disahkan oleh JPN

... dan ....

Salinan Sijil Nikah haruslah disahkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM tempatan

TAPI sekiranya para jemaah membawa anak sekali, maka semua dokumen diatas adalah TIDAK diperlukan ... kiranya anak tu dah cukup menjadi lesennya ... Apa pun sila rujuk kepada Travel Agen Masing masing ...

Inilah halangan pertama nyer ... tapi kalu dah rindu pada wajah Kabaah dan Makam Nabi s.a.w. , yang diatas itu semuanya tidak menjadi masalah kannn ...

Wasalam

....

Tuesday, November 20, 2012

Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh...

Harap ada kalangan jemaah yang membaca blog nie, membuat pembetualan sekiranya terbukit "tidak" setelah melihat dengan mata kepala.


Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh WAHHABI.


Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh WAHHABI.

Satu demi satu usaha puak ekstrem wahhabi melukai hati umat Islam di seluruh dunia. Terbaru, usaha wahhabi di Arab Saudi menutupi pintu Gua Uhud dengan simen dan batu. Kebiadaban apa yang telah meresap ke dalam jiwa mereka.

Ini merupakan satu usaha jahat wahhabi di Arab Saudi dalam menghakis kesan-kesan peninggalan sejarah dari Junjungan Mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.  Usaha berterusan dalam melemahkan ingatan umat Islam terhadap Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.   Semoga ALLAH melindungi kita semua.

Saya tidak faham bagaimana tergamaknya mereka memusnahkan keulungan warisan kemuliaan ini. Tidakkah wahhabi-wahhabi ini merindui dan bercita-cita untuk duduk dimana duduknya tubuh mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.   Berhajatkan menempatkan tapak tangan, kaki mereka dimana pernah Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.  letakkan. Tidakkah hati-hati keras itu dapat merasai betapa kerasnya batu-batu gua yang melindungi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.  dari serangan tentera musyrik dalam Perang Uhud. ALLAH... betapa kelamnya hati-hati mereka ibarat ditutupi simen-simen yang dibina dari tangan-tangan hina mereka sendiri.

Apabila mendaki Gunung Uhud, tidak terasakah bagaimana perasaan Sayiduna Muhammad    صلى الله عليه وآله وسلم.  merasai kesedihan apabila melihatkan tentera memanah berpaling dari arahannya. ALLAHU ALLAH. Kerasukan apa yang menyentap jantung para pemuda di Saudi sehingga tergamak menodai tinggalan sejarah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.   Tidakkah mereka terimbau bagaimana berlumba-lumbanya pemuda sebaya mereka merayu agar turut sama berjuang bersama Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.   dalam Perang Uhud.  Ayah pemuda Rafi' bin Khudaij merayu kepada Nabi Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم.   Agar mengizinkan anaknya berjuang.

Tetapi belia-belia di Arab Saudi yang terjerut leher mereka dengan akidah wahhabi, tidak langsung merasai keheningan kecintaan terhadap Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.   Bapa-bapa di Saudi begitu tenang dengan kerosakan akhlak anak-anak muda mereka.

Tuan-Puan, Gunung Uhud menyaksikan bagaimana syahidnya bapa saudara Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.   iaitu Sayidina Hamzah bin Abdul Muthalib.  

Gunung Uhud turut menjadi saksi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.   terjatuh apabila dibaling bertubi-tubi dengan batu oleh tentera musyrik ketika itu. Gigi mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.   bahkan tertanggal dengan kepala yang terluka, darah mengalir di wajah mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.   hingga membasahi wajah beliau. ALLAH.....Seraya Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم.   berkata dalam keadaan menahan pedih :

كيف يفلح قو م خضبو ا و جه نبيهم و هو يد عو هم إ لى ربهم

"Bagaimana mungkin suatu kaum memperolehi kejayaan, mereka mengalirkan darah di wajah Nabinya yang mengajak mereka ke jalan ALLAH" [Ibnu Hisyam, J:2]

Tuan-Puan, Uhud hari ini menyaksikan betapa kemusnahan akhlak di kalangan pemuka wahhabi. Mereka telah menyakiti Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.   Bahkan mereka menghalangi para pecinta Baginda dari menziarahi, merasai dan menghirup haruman syuhada Uhud. Maka tertutuplah hati mereka bagai disimen oleh tangan-tangan hina mereka. Perhatikanlah saudara mara terdekat kita agar tidak terpesong dengan keruntuhan akhlak sebegini.  ALLAHU AKHBAR......

أ خف عنا يا الله

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Alfaqir ilallah : almukminun
9 Sya'aban 1433H/28 JUN 2012

Monday, December 26, 2011

Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!

Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji? Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang.
Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang.
tabung haji1 300x224 Kini, Semua Orang Mampu  Menunaikan Ibadah Haji!
Haji: Simpanan vs Pelaburan
Saya teringat, beberapa tahun lalu, selepas mengendalikan sebuah bengkel pengurusan kewangan kepada graduan muda sebuah universiti, selepas bengkel tersebut, seorang peserta mengadukan persoalan berkenaan tentang simpanan haji.
"En , saya baru sahaja menyertai satu pelaburan unit amanah untuk membuat simpanan menunaikan haji untuk ibu bapa saya", kata peserta tersebut.
"Bagaimana saudari boleh terfikir untuk berbuat demikian", tanya saya selepas mengetahui jumlahnya agak besar bagi seorang pelajar graduan baru sepertinya.
"Seorang rakan saya, yang juga ejen unit amanah memberitahu bahawa duit tersebut akan dilaburkan dan memberi keuntungan", katanya.
Katanya juga dia rasa sedikit bingung dengan tindakannya selepas mengikuti bengkel saya yang menekankan tentang perbezaan instrumen simpanan, pelaburan dan perlindungan.
Saya menjelaskan kepadanya, kata ejen tersebut benar bahawa unit amanah merupakan satu instrumen pelaburan. Namun, tindakannya melaburkan hampir kesemua wang simpanan yang disimpannya ke dalam pelaburan unit amanah dengan harapan dua tahun lagi dia dapat gunakan untuk menghantar ibu bapanya menunaikan ibadah haji agak kurang praktikal dan realistik.
"Saudari yakin, dua tahun lagi wang yang saudari laburkan akan memberi keuntungan?", tanya saya yang diikuti dengan gelengan kepadanya yang sedikit teragak-agak.
Lantas saya mengulang kembali beberapa isi penting daripada bengkel saya tadi berhubung simpanan dan pelaburan. Saya terangkan kepada beliau, niatnya amat murni untuk menghantar kedua ibu dan ayahnya menunaikan haji, namun dalam kondisi beliau sebagai pelajar, adalah kurang wajar untuk melaburkan wang tersebut ke dalam unit amanah dengan sasaran dua tahun lagi duit tersebut akan mencukupi bagi menanggung kos perbelanjaan haji.
Saya turut katakan kepadanya bahawa, dengan tempoh yang begitu pendek, dua tahun tidak praktikal untuk melihat wang pelaburan di unit amanah bertambah mendadak. Lebih teruk lagi, ketika tempoh dua tahun itu sudah sampai duitnya makin berkurangan.
Apakah instrumen terbaik untuk simpanan haji?Untuk soalan ini, jawapannya sudah diberikan di dalam soalannya.
Jawapannya ialah SIMPANAN.
Untuk memulakan simpanan haji, gunakanlah instrumen simpanan yang sewajarnya untuk membuat simpanan. Instrumen simpanan terbaik bagi simpanan haji di Malaysia ialah Tabung Haji. Sebagaimana namanya, Tabung Haji adalah sebuah instrumen untuk membantu masyarakat Islam membuat simpanan bagi tujuan menunaikan ibadah haji.
Kos menunaikan haji meningkat dari masa ke masa. Justeru masa terbaik untuk memulakan simpanan haji adalah sekarang, bukan untuk menunggu sehingga usia pencen baru berkira-kira hendak menunaikan haji.
Bagi merangsang minat untuk menunaikan haji, saya amat menggalakkan saudara sekalian membaca buku Travelog Haji serta buku Haji Muda terbitan PTS Publication.
Merancang simpanan haji
Untuk merancang simpanan haji, ada beberapa langkah yang saya syorkan;
  • Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.
  • Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
  • Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Sebagai contoh, saudara berusia 30 tahun dan bercadang untuk memulakan simpanan haji.
Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.Katakanlah saudara mensasarkan usia 40 tahun untuk menunaikan ibadah haji, maka saudara mempunyai tempoh 10 tahun lagi untuk membuat simpanan.
Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.Dalam masa 10 tahun akan datang, saudara menganggarkan jumlah perbelanjaan haji adalah RM 20,000. Maka RM 20,000 menjadi sasaran simpanan yang perlu dilakukan.
Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Akhir sekali, jumlah RM 20,000 tadi dibahagikan dengan temph 10 tahun, maka
  • RM 20,000 / 10 tahun = RM 2000 setahun,
  • RM 2,000 setahun / 12 bulan = 166.66 atau Rm 170 (selepas dibundarkan) sebulan
  • Maka, jumlah simpanan bulanan yang diperlukan adalah RM 170 atau
Jumlah RM 170 ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya sasaran tersebut lebih pendek masanya atau simpanan yang diperlukan lebih tinggi. Contoh yang saya berikan ini tanpa mengambil kira sebarang keuntungan.
Jadi, apa seterusnya?
Seterusnya, apa yang saudara perlu lakukan ada DISIPLIN. Ya, berdisiplin dalam membuat simpanan setiap bulan selama 10.
Sekarang, saudara sudah mengetahui kaedah dan cara membuat simpanan haji. Namun, adakah saudara yakin dalam tempoh 10 tahun akan datang saudara masih mampu menunaikan niatnya saudara?
Tiada siapa mampu memberikan jawapan ini melainkan Allah. Takdir akan menentukan sama ada nyawa kita masih panjang untuk mengecapi usia 40. Jika usia kita masih panjang, dan kita masih sihat wal-afiat, kita berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Jika sebaliknya, insya-Allah niat dan usaha kita untuk menunaikan haji tetap akan diberi pahala oleh Allah.
Justeru, di sinilah peranan takaful datang untuk membantu niat tersebut tetap tercapai sekalipun berlaku perkara yang tidak diingini terhadap diri saudara.
Piramid%20Pengurusan%20Kewangan SAVING%20INVEST%20PROTECT Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!
Kombinasi SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN untuk menyediakan wang perbelanjaan menunaikan haji. Gambar daripada Modul Pengurusan Kewangan.
Takafulink Hajj
MAA Takaful memperkenalkan sebuah produk terbaru Takafulink Hajj dengan serendah RM50 sebulan, membolehkah simpanan haji berkenaan diberi jaminan kewangan sekiranya berlaku musibah terhadap peserta sebelum sempat menunaikan haji.
Dengan kadar semurah ini, berdasarkan pengiraan yang dilakukan sebentar tadi, saudara boleh peruntukkan sebahagian jumlah simpanan saudara ke dalam Takafulink Hajj sebagai akaun kedua selepas Tabung Haji.
Produk ini memberi perlindungan dalam bentuk pampasan kewangan / upah haji seandainya peserta meninggal dunia atau lumpuh atau ditimpa penyakit kritikal dalam tempoh masa membuat simpanan haji.
Selain itu juga, dengan kaedah ini, saudara boleh berDISIPLIN melakukan "simpanan paksa" berbanding kaedah simpanan biasa di bank atau Tabung Haji yang tiada elemen "paksa" ini.
Kini, dengan kadar serendah RM 50 sebulan, semua orang mampu untuk menunaikan haji!

Wednesday, May 25, 2011

Arab Saudi – Universiti Khusus Wanita Terbesar Didunia Telah Dibuka

Tidak Ada Keberatan

Pada bulan Oktober 2009, Universiti Ilmu Pengetahuan dan Teknologi King Abdullah(KAUST) seharga 7 Billion dollar resmi dibuka, pada batch pertama universiti tersebut mempunyai 800 lulusan dari 61 negara dan tenaga pekerja sebanyak 71 professor, banyak diantaranya datang dari Amerika Serikat. Universiti ini mengizinkan pelajar wanitanya untuk tidak memakai tudung dan mereka juga diizinkan untuk memandu kereta dalam lingkungan kampus, diluar kampus hal itu semuanya dilarang. Tidak mengherankan jika muncul protes dari kalangan cendikiawan Islam, tetapi King Abdullah tetap saja lanjut. Sekarang sang raja telah membuka universiti lain dengan biaya 5.3 billion dollar yang diberi nama Universiti Princess Nora bint Abdulrahman (PNU), dan kali ini tidak akan ada protes karena seluruh pelajarnya adalah wanita.

Universiti Princess Nora bint Abdulrahman (PNU)

Isnin kemarin, Dua Mesjid Agung King Abdullah secara resmi telah membuka Universiti Princess Nora bint Abdulrahman (PNU). Sekarang universiti ini mempunyai 2000 anggota pelajar. Universiti Princess Nora bint Abdulrahman (PNU) adalah universit khusus wanita terbesar di dunia dengan maksimum daya tampung 50.000 pelajar. Ini adalah bagian dari rencana pemerintah Arab Saudi untuk memberikan education kepada masyarakatnya.

Menteri Kewangan Ibrahim Al-Assaf mengatakan" Universiti Princess Nora adalah simbol bagi pendidikan wanita dan partisipasi wanita dalam membangun negara ini." Menteri Pendidikan Khalid Al-Angari menambahkan "Kehadiran dari Raja Abdullah hari ini dan dukungannya yang konsisten adalah bukti dari ketulusannya untuk prmbelajaran dan melatih wanita di negeri ini dengan tujuan untuk membuka kesempatan bagi mereka semua."

Rektor PNU Huda bint Mohammad Al-Ameel mengatakan PNU telah menjadi simbol umum dari kesetaraan gender dan education wanita di Arab Saudi.

Fasiliti

Fasiliti yang dimiliki kampus ini adalah fasiliti kesehatan, pusat kajian dan perpustakaan yang memiliki lebih dari 5 juta buku dan jurnal. Menteri Kewangan Ibrahim Al-Assaf mengatakan "Tempat tinggal daerah PNU memiliki lebih dari 1.400 Vila dan Hotel untuk mengakomodasi 12.000 pelajar."

Kampus ini juga memiliki tempat olah raga untuk wanita. Dan juga pengolah limbah air dan organik, gudang dan workshop untuk pemeliharaan kegiatan sehari-hari.

Terdapat hospital dengan daya tampung 700 orang, laboratorium, ruang meeting dan 3 pusat kajian untuk nanotechnology, teknologi informasi dan bioscience.

Keseluruhan bangunan dihubungkan dengan sistem pengangkutan canggih yang memastikan pengangkutan antara kampus berlangsung lancar.

Kampus ini juga menggunakan teknologi hemat energi seperti tenaga matahari yang menyumbang 16% dari tenaga untuk menghangatkan air seluruh kampus dan 18% untuk AC.

Hubungan dengan Inggris

Duta besar Inggris Sir Tom Phillips mengatakan "Hari ini adalah hari penting dan saya ingin turut berkontribusi kepada dua Mesjid suci King Abdullah karena telah membuka kampus baru ini. Pembangunan kampus ini menunjukkan komitmen dari pemerintah Arab Saudi untuk memperluas kesempatan dalam hal pendidikan terhadap masyarakat Arab Saudi.

Ia juga menambahkan "Inggris bangga mempunyai hubungan education yang mempersatukan kedua negara." Hubungan education ini salah satunya adalah pengajaran bahasa inggris yang disediakan oleh Inggris di Jeddah, Al-Khobar dan Riyadh.

Fikirkanlah Hal Ini

Apakah baik bahwa Saudi Arabia mempunyai universiti wanita terbesar di dunia. Tetapi pertanyaan ini lebih kepada apakah lulusan wanita dapat memperoleh pekerjaan di Saudi Arabia. Karena seluruh anggotanya adalah wanita, dapatkah mereka hak seperti yang dilakukan universiti KAUST? Apakah mereka juga diizinkan memandu?

Monday, May 16, 2011

Umrah Melalui Turki


Nisa~

As salam.

Saya ingin menunaikan umrah serta ziarah ke Turki pada cuti sekolah bulan
Mei ini. Saya ingin bertanya kepada sahabat yang pernah ke Turki beberapa
soalan.

1) Perlukah saya tukar matawang Lira di Malaysia atau tukar matawang USD /
EUR?
2) Average harga barang2 di sana?
3) Ikut jadual, saya akan berada di sana selama 4 hari. Berapakah $$ yang
perlu saya bawa?

Harap sahabat boleh membantu saya..terima kasih.

Kamal~

saya tak pernah ke turki,, tapi ke cairo dan emirate adalah..

tukar wang ke usd..wang malaysia hanya laku di saudi aje..

tukar kaat sini rugi..

sampai sana tukar terus..dapat beberapa unit lebih..sebelum balik

belanja kalau boleh sampai habis wang tempatan..tinggalkan usd sahaja..

tukar rm ker usd rugi

tukar usd ke rm..rugi..

rugi 2 kali

Marlia~

Salam,

Saya baru balik dari bercuti di Turki bulan lepas, adalah elok di tukar disini Euro atau US dan disana nanti untuk berbelanja di tukar kepada Lira lebih untung. Lebih2 lagi jika Cik Nisa tukar di dalam Herb Market kerana disitu rate nya lebih bagus.

Samsul~

salam,elok tukar ke Lira
harga barang agak murah terutamanya cenderamata,jacket ( elok beli sana),makanan pun Halal
kalau 4 hari bergantung berapa banyak nak shopping atau sight seeing.terpulang pada u sendiri.saya bawa seribu je duit Malaysia,beg saya sendat
jangan lupa ziarah maqam Abu Ayub al Ansari,pengalaman yg sungguh menarik


Friday, May 6, 2011

Seluruh Saudi Berdoa Minta Hujan









Berbeza dengan negara kita yang banyak menerima kucuran air hujan, Arab Saudi yang kering harus meminta secara khusus agar negerinya disirami air dari langit.

Hari isnin (25/4) pagi, sebagaimana arahan dari Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah, di seluruh penjuru Kerajaan Saudi mulai shalat Istisqa, untuk memohon hujan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Gubernur Riyadh Pangeran Salman turut



menghadiri pelaksanaan shalat yang dilakukan di Masjid Imam Turki bin Abdullah di ibukota.

Bertindak sebagai imam adalah Mufti Besar Saudi dan Ketua Haiah Kibarul Ulama Abdulaziz Al-Asyaikh.

Dalam ceramahnya, beliau mengajak agar umat bertaubat dan memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Beliau juga mengingatkan bahwa di Saudi keadaannya aman dan stabil karena kerajaan itu melaksanakan hukum Islam.

Shalat Istisqa juga dilaksanakan di Masjidil Haram, yang turut dihadiri oleh Wakil Gubernur Makkah Abdulaziz Al-Khudairi serta Wakil Presiden Urusan Umum Masjidl Haram Makkah Syaikh Muhammad Al-Khazayim.

Gubernur Madinah Pangeran Abdulaziz bin Majid menghadiri shalat Istisqa di Masjid Nabawi.

Selain itu shalat Istisqa juga digelar di universiti-universiti dan sekolah di berbagai daerah.

Siang hari setelah dilakukan shalat Istisqa, hujan turun di wilayah Riyadh.*

Keterangan foto: Para pelajar sedang melakukan shalat Istisqa di Riyadh pada awal April 2011.

http://www.hidayatullah.com/read/16641/26/04/2011/seluruh-saudi-berdoa-minta-hujan.html

Thursday, March 24, 2011

Ziarah Haramine 2005 Abdullah Tahir

  • Tengah tahun ini, aku dipanggil berziarah ke maqam Junjungan s.a.w. dan BaitUllah al-Haram. Pergi bersama zawjah tercinta selama 2 minggu. Pengaruh dan sikap keras Wahhabi masih nampak walaupun tak sekeras dahulu. Di hadapan maqam Junjungan seperti dahulu juga kawalannya polis anak Pak Wahhab melarang orang menyentuh pagar-pagar maqam. Terjadi kejadian kecil apabila seorang warga Afrika yang menyentuh dan mencium pagar tersebut dihalau oleh mereka dan dikejarnya untuk diajar Islam yang sebenar, tapi aku lihat berbelit-belit jugak anak murid anak Pak Wahhab berbahas dengan orang tersebut yang rupanya seorang alim jugak.
  • Pagar maqam Junjungan s.a.w. yang asalnya tertulis di atasnya "Ya Allah Ya Muhammad" (nanti kupaparkan gambarnya) kemudian dibuang oleh Wahhabi huruf 'ya' pada Muhammad menjadi "Ya Allah, A Muhammad", kini telah dibuang terus Muhammad diganti dengan "Ya Majid". Jadi kalau ikhwah berziarah ke maqam Junjungan, yang tertulis di pagarnya kini "Ya Allah, Ya Majid". Kerana bagi anak Pak Wahhab, haram dan syirik menyeru makhluk walaupun Junjungan s.a.w. Insya-Allah, lain posting kita cerita pasal nida` dan istighatsah.
  • Kulihat jugak, pada satu binaan baru Masjid Nabawi terpahat khat indah nama-nama ulama Ahlil Bait (bukan ulama Syi`ah) seperti Imam Ja'faar ash-Shadiq, Imam Muhammad al-Baqir dan lain-lain.
  • Di Madinah aku hanya sempat tinggal 3 hari, setelah itu aku ke Makkah. Di Makkah, aku duduk - duduk jugak di halaqah ulama-ulama yang mengajar hadis di sana antara nya Syaikh Muhammad al-Makki, agak masyhur di kalangan anak bangsa kita, dari jauh terlihat olehku Ustaz Nasoha Haji Ahmad duduk mendengar sama. Pengajian hadis guna kitab "'Aunul Ma'buud". Kucari-cari jugak halaqah penyokong Wahhabi Melayu nombor wahid Syaikh Muhammad bin Abdul Qadir Mandili, tak berjumpa, dia mc kot.
  • Aku bertanya-tanya dengan anak-anak bangsa yang mukim di sana dari pelajar Syaulatiyyah dan pelajar Almarhum Buya Maliki dan kata mereka sekarang Wahhabi di sana pun sudah mulai luntur. Aku dimaklumkan juga berita sedih kewafatan Syaikh Jabir al-Yamani. Kulihat kedai-kedai kitab dan bertemu satu toko bernama Maktabah al-A-immah dekat Babus Shofa yang ada menjual kitab-kitab yang dahulunya diharamkan oleh Bin Baz. Antara yang kutemui kitab "Jawaahirul Ma`aani wa Bulughul Amaani" oleh Syaikh Ali Hiraazim al-Faasi berkenaan Syaikh Ahmad at-Tijani dan Thoriqat Tijaniyyahnya. Terkejut jugak aku kerana ianya dijual secara terbuka di kedai tersebut, kalau dahulu memang susah nak cari kitab-kitab seperti itu. Kitab-kitab fiqh Syafi`i pun ada antaranya "ar-Raudh" dan "Syarah Sirajul Wahhaj".Teringat tahun 1993, kucari Musnad Imam Syafi`i pun tak berjumpa. Kutemui juga beberapa karangan Buya Maliki di kedai tersebut yang sudah kumiliki. Ulama-ulama sunni masih ada di sana, tetapi mereka tidak menonjolkan diri kerana khumul dan tawadhu, dan malas nak berjidal dengan orang yang tak bertelinga. Halaqah ilmu di luar Masjidil Haram masih ada antaranya yang dikendalikan oleh cucu Habib Hasan al-Fad`aq (dahulunya Imam Syafi`i di Masjidil Haram).
  • Di Makkah, hampir setiap waktu ada sahaja jenazah disembahyangkan. Aku berdiri bersama jemaah lain untuk menyembahyangkan jenazah. Isteriku yang sebelum itu tak pernah sembahyang jenazah pun sembahyang jugak. Aku sembahyang mengikut apa yang dipelajari dan diamalkan oleh orang-orang kita, dengan 2 kali salam. Satu hari isteriku ditegur oleh seorang wanita Arab yang mengatakan bahawa cara sembahyang jenazah isteriku salah kerana salamnya hanya sekali sahaja bukan dua kali. Isteriku bertanya kepadaku berhubung hal tersebut, aku menyuruhnya agar tidak memperdulikan teguran tersebut dan terus ikut cara mazhab kita. Akhirnya sehari sebelum balik aku turut ditegur oleh seorang pemuda Arab yang mengajarkan aku bahawa salam itu hanya satu kali bukan dua kerana hadis kata satu kali. Kelemahanku di depan BaitUllah, aku menjawab tegurannya dengan mengatakan bahawa aku pengikut mazhab Syafi`i dan dalam mazhabku salamnya 2 kali, satu wajib dan satu sunnat seperti sholat-sholat lain. Dia membahasku dengan mengatakan hadis kata satu, aku jawab bahawa aku datang dari jauh bukan untuk mujadalah depan BaitUllah, kuanjurkannya agar dia mencari "Majmuk" Imam an-Nawawi dan mentelaah bab jenazah. Ini kerana rata-rata kedai kitab di sana menjual "Riyadhus-Sholihin" agaknya mereka hanya kenal Imam an-Nawawi sebagai seorang muhaddis dan tak tahu yang beliau adalah faqih Syafi`i yang besar. Ku jelaskan kepadanya agar jangan cepat menyalahkan orang kerana ikhtilaf ulama itu rahmat.

Mudah-mudahan ziarah maqbulah dan umrah mabrurah.

Rabbana taqabbal minna bi sirril Fatihah.

Petikan: http://bahrusshofa.blogspot.com/2005/12/ziarah-haramain-2005.html

Wednesday, March 9, 2011

Surat Cinta Untuk Rasulullah


Kepada Rasulullah Saw.

Assalamu'alaikum ya Rasullullah,

Sebelum diriku mulai berbicara, sudah tergambar di pikiran ini.

Betapa bahagianya dirimu di sisi Allah.

Betapa bertuahnya dirimu menjadi pilihanNya.

Betapa beruntungnya dirimu ditabalkan menjadi utusanNya.

Dikaulah penghulu sekalian Nabi, pembawa rahmat buat sekalian alam.

Ya Rasulullah…

Di kesempatan ini, aku ingin kabarkan padamu. Aku rindu padamu ya Rasulullah. Aku dambakan pertemuan denganmu ya Rasulullah. Seringkali aku bertanya pada diri ini. Pada hayatku ini, aku belum sempat bertemu denganmu ya Rasulullah. Terpilihkah diriku ini untuk bertemu denganmu di akhirat sana? Ingin sekali kutatap wajah indahmu. Kutadahkan tangan ini memohon pada Illahi, agar aku dapat dipertemukan denganmu.

Ya Rasulullah, walaupun hanya sekedar menatap pusaranmu, itu sudahlah cukup bagiku. Tapi berpeluangkah diri ini?

Ya Rasulullah…

Walaupun kita tidak pernah bersua, sirahmu menjadi pedoman hidupku. Engkaulah qudwahku. Betapa hebatnya perjuanganmu. Betapa tabahnya dirimu menerima tarbiah dari Tuhan. Malu untuk diri ini berkata-kata.

Ya Rasulullah…

Diri ini pernah berjanji untuk mengamalkan sunnahmu. Diri ini juga pernah berjanji untuk menyambung rantai perjuanganmu. Namun,seringkali aku rebah dalam berjuang. Seringkali diri ini terasa lemah. Penat dan letih ya Rasulullah. Kaki ini telah gagal untuk terus melangkah. Aku gagal,ya Rasulullah.

Disaat diriku mendambakan dirimu bersamaku. Ingin aku adukan padamu kepedihan yang aku rasa. Ingin aku adukan kesakitan yang aku derita. Ingin aku adukan segala-galanya ya Rasulullah. Malu diri ini untuk berhadapan denganmu. Aku malu dengan pengakuanku. Namun itulah yang aku lalui. Kucoba menelusuri sirahmu, ya Rasulullah. Mencari-cari semangat juang yang engkau tinggalkan. Mengutip kembali segenggam tabah yang engkau wariskan. Tapi aku tetap gagal untuk bangun dari kejatuhanku.

Lalu kucoba lagi,ya Rasulullah. Ku usap butir jernih yang jatuh tanpa henti. Ku kutip sisa-sisa semangat yang masih berkaki. Aku akan terus mencoba,ya Rasulullah. Andai harta yang jadi taruhan, andai nyawa yang harus dikorbankan, akan aku buktikan. Demi meneruskan perjuangan ini, aku sanggup ya Rasulku.

Ya Rasulullah…

Walaupun kita tidak pernah bersua, sirahmu menjadi pedoman hidupku. Engkaulah qudwahku. Betapa hebat perjuanganmu. Betapa tabahnya dirimu menerima tarbiah dari Tuhan. Malu diri ini untuk berkata-kata.

Ya Rasulullah…

Seandainya aku yang tinggal di zaman yang kurang baik ini dapat bertemu denganmu, yang hidup di zaman keemasan Islam, aku akan sangat bersyukur. Aku ingin melihat sifat-sifat yang terpatri dalam dirimu, yang bijak dan banyak dibicarakan oleh sahabatmu. Kejujuran yang benar – benar nyata adanya. Kebaikan hatimu, serta seluruh sifat-sifat baikmu yang tak bisa kutemukan di zaman sekarang.

Seluruh sahabat – sahabatmu bahkan mengambil air bekas wudhumu. Mengambil rambut bekas rukukmu. Itu semua dilakukan karena mereka tahu betapa besar segala berkah yang ada pada dirimu. Bahkan disana, seperti apapun keadannya, engkau selalu berbuat bijak.

Musuh yang selalu melemparkan kotoran padamu, saat engkau keluar rumah, kau hadapi dengan sabar. Bahkan engkau datang yang pertama kali untuk menjenguk orang itu saat ia sakit.

Ya Rasulullah…

Alangkah bahagianya bila aku bisa bertemu denganmu. Berjumpa dengan manusia pilihan sepertimu. Aku kerap kali berandai – andai atau berkhayal bila nanti aku dilahirkan kembali, aku sangat berharap bisa dilahirkan pada zamanmu.

Ya, Rasulullah…

Aku ini merasakan kelembutan tanganmu.
Kejernihan jiwamu.
Kepedulian dirimu pada seluruh umat.
Segala yang ada dalam dirimu akan selalu menjadi yang terbaik bagiku.

Ya Rasulullah…

Mungkin hanya kaulah satu-satunya pemimpin yang pada malam hari menjaga umat-umatmu. Sedangkan umatmu tengah tertidur pulas di kasur raja-raja. Perbuatanmu itu mencerminkan betapa pedulinya engkau pada umatmu. Tidak itu saja. Engkau bahkan rela tidak makan berhari-hari demi kemaslahatan umatmu. Semua harta bendamu diberikan kepada yang lebih berhak. Bahkan bila engkau punya sepotong roti saja untuk mengganjal perutmu, dan jika ada pengemis yang datang meminta, engkau pasti memberikannya dengan ikhlas. Jika engkau tak mempunyai makanan, engkau berpuasa terus menerus.

Sungguh mulia dirimu ya Rasulullah.

Berabad-abad sudah berlalu

namun namamu masih melekat di hatiku

tak pernah aku bertemu atau berjumpa denganmu

tak pernah aku melihat langsung dakwahmu

namun sinar cahaya itu mampu menebus jaman dan ruang

menembus perbedaan di antara seluruh umat manusia

cahaya itu tak pernah redup sampai akhir zaman

Rasulullah SAW , begitu agung namamu

bergetar hati ini , menangis , rindu bertemu dengan mu

rindu pada suri tauladan yang kau berikan

rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu

rindu pada kedamaian yang kau ciptakan

Rasulullah SAW , rindu pada kepemimpinanmu

Cinta dan kasih sayang mu tiada tara

Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu

Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu

banyak yang sudah berubah dari koridor garis awal

pun saya merasa demikian

Rasulullah SAW , aku rindu padamu

kami rindu padamu

Rasulullah Nabi Muhammad SAW

Aku yakin sinar yang kau bawa tak kan pernah padam

Allahumma Solli Ala Muhammad

semoga shalawat itu akan tetap berdengung

hingga akhir masa nanti.

Wahai Rasul Penghulu Sekalian Nabi,

Maafkan aku, maafkanlah aku.

Di akhir qalamku ini.

Sekali lagi ingin aku lafazkan." Aku merindukanmu, ya Rasulullah.."

http://fiksi.kompasiana.com/prosa/2011/03/09/surat-cinta-untuk-rasulullah/

Ratih Ayu


Mengapa Seorang Wanita di Arab Saudi Memilih Untuk Tidur Di Kaki Lima


Pilihan Salma

Apa yang dapat dilakukan oleh seorang wanita dewasa dengan pendidikan terbatas di Arab Saudi jika ayahnya masih bersikeras untuk berulang kali mencoba untuk menyuruhnya menikah meskipun setelah ia telah diceraikan dan kehilangan 6 orang anaknya kepada mantan suaminya, selain menyerah kepada ayahnya, atau melarikan diri dari rumah? Dan jika ia melarikan diri dari rumah, apakah pilihannya? Dalam kes Salma, ia telah tinggal di tempat penampungan di mesjid-mesjid, atau tidur di taman.

Kisah Salma

Ketika Salma berusia 13 tahun ia ditarik dari sekolah dan dipaksa untuk menikahi seorang lelaki yang berusia seperti datuknya. Lelaki ini telah memberikan kepada ayahnya emas kawin senilai SR 250,000 ($68,000). Ketika ia membawa Salma ke rumahnya di Madinah, ia mendapatkan bahwa lelaki ini telah mempunyai 3 orang istri. Awalnya ia menghabiskan waktunya bermain dengan anak-anaknya, tetapi dalam jangka waktu perkawinan 17 tahun Salma melahirkan 4 anak perempuan dan 2 anak lelaki. Akhirnya, ia melarikan diri kerumah ayahnya karena ia tidak tahan lagi dengan perlakuan yang tidak baik terhadapa dirinya dan disiksa, dan ia tetap tinggal disana dengan anak-anaknya hampir 3 tahun sebelum ia diceraikan. Akan tetapi, karena ia mencoba untuk mendapatkan hak atas anak-anaknya, dalam kes pengadilan yang hasilnya tidak hanya ia kehilangan 6 orang anaknya kepada mantan suaminya tetapi ia juga dipenjara selama 6 bulan.

Setelah ia dibebaskan, ia kembali kerumah keluarganya di Makkah, tetapi harus lari lagi karena ia dipaksa untuk menikahi lelaki tua yang lain yang membayar SR 100,000 untuk dirinya.

Ia dapat melihat anak-anaknya sekarang ini hanya sekilas pada saat mereka pergi kesekolah atau meninggalkan sekolah, dan yang mengganggunya adalah ia dapat melihat "dengan jelas kekerasan pada tubuh-tubuh mereka."

Kemungkinan Untuk Bantuan?

Menurut Emirates 24/7, Mohammaed Kalatin dari Komisi Hak-hak Asasi Manusia Saudi di Makkah mengatakan kepada surat kabar Saudi Alikhbariya bahwa awalnya mencetak cerita Salma, jika ia dapat mempresentasikan kesnya kepada mereka dan dapat menyakinkan mereka bahwa anak-anaknya memang di siksa oleh ayah mereka, mereka akan membawa kes ini kepada polis dan memastikan pelindungan untuk dirinya dan anak-anaknya.

Pikirkanlah

Sangatlah mencemaskan apa yang harus dilalui oleh Salma, kehilangan anak-anaknya dan dipaksa oleh ayah sendiri untuk masuk kedalam bencana perkawinan yang lain? Kapan lelaki seperti ayah Salma akan sadar bahwa anak perempuan bukanlah barang dagangan? Apakah ada yang dilakukan untuk memperkuat idea ini? Organisasi Hak-hak asasi manusia setempat bersedia untuk melihat kes Salma. Dengan jelas mesjid-mesjid dimana Salma ditampung tidak memberikan bantuan, jika ya mengapa ia harus tidur di taman? Apakah kaum wanita di Arab Saudi tahu adanya organisasi yang mungkin dapat membantu mereka mempertahankan hak-hak asasi mereka?

http://www.abigmessage.com/bahasa-blog/mengapa-seorang-wanita-di-arab-saudi-memilih-untuk-tidur-di-kaki-lima.html



Monday, March 7, 2011

Tahun 2050 Arab Saudi Negara Ke-6 Terkaya di Dunia.









Pada tahun 2050 Arab Saudi akan menjadi negara keenam paling kaya ekonominya di tingkat internasional dan pertama di tingkat regional, berdasarkan gross domestic product (GDP). Demikian menurut perkiraan Citibank sebagaimana dilaporkan Arabian Business, Ahad (6/3).

Negara yang berada di peringkat pertama adalah Singapura dengan GDP sebesar $137.710, disusul Hong Kong $116.639, Taiwan $114.093, Korea Selatan $107.752 dan Amerika Serikat $100.802.

Setelah Saudi, Kanada menyusul di peringkat ketujuh dengan $96.375, Inggris $91.130, Swiss $90.956 dan Austria diperingkat kesepuluh dengan $90.158.

Citibank memperkirakan Saudi akan memiliki kekayaan rata-rata $98.311 pada tahun 2050, atau hampir empat kali lipat dari GDP per kapita saat ini sebesar $24.200.

Laporan tersebut juga menyebutkan bahwa GDP dunia akan naik dari $72 triliun di tahun 2010 menjadi $380 triliun pada 2050, dan akan naik 4,6% per tahun hingga 2030 dan 3,8% antara tahun 2030 dan 2050.

Asia dan Afrika yang sedang berkembang akan menjadi wilayah yang paling cepat pertumbuhannya, karena didorong pertumbuhan populasi dan pendapatan per kapita. Kemudian diikuti oleh Timur Tengah, Amerika Latin, Amerika Tengah dan Eropa Timur, Federasi Rusia dan terakhir negara-negara maju yang sekarang ini.

Sektor non-migas Arab Saudi akan memainkan peranan penting dalam ekonomi, seiring dengan kebijakan pemerintah yang mendiversifikasi ekonomi jauh dari sektor hidrokarbon.

Ekonomi Arab Saudi diperkirakan naik 3,9% di tahun 2011, dengan adanya rencana pemerintah menggelontorkan dana sekitar $155 billion untuk investasi di bidang pendidikan dan infrastruktur pada tahun 2011 saja.

Meskipun demikian para analis mengatakan, lemahnya pertumbuhan kredit boleh menjadi ancaman bagi pertumbuhan ekonomi Saudi yang potensial.*

http://www.hidayatullah.com/read/15746/07/03/2011/tahun-2050-arab-saudi-negara-terkaya-ke-6.html


Wednesday, February 16, 2011

Bahasa Arab Bahasa Dunia


Salam alaik,

Anggaran 2,000 tahun sebelum masihi, di zaman Namrud (Hamurrabi), telah ada pelbagai dialek bahasa Arab yang berselerak dari Iraq sehingga ke Pulau Malta di Mediteranian dan turun keseluruh Semenanjung Arab, Djibouti dan Pulau Soqorti. Anggaran itu berasas penemuan batu dan kulit bertulis.

Ketika itu, sebutan di dalam Bahasa Arab, tapi tulisan lain-lain. Jauh bezanya di antara tulisan kaum Phoenicia, Naba', Saba', Tsamut, Arab Teluk, Madaen dan Sumeria (Akadia).

Di antara Nabi-nabi bangsa Arab zaman itu ialah Nabi Hud, Nabi Saleh, Nabi Lot, Nabi Ismail (memeluk peradaban Arab Saba'), Nabi Syuaib, Nabi Adnan dan Nabi Muhammad.

Ada anggapan yang menyatakan bahawa Bahasa Arab adalah pecahan dari Bahasa Aramaic. Bahasa Arab bukan dari Aramaic. Bahasa Arab, Aramaic dan Greek hidup selari dari zaman ke zaman walaupun empayar berubah-rubah. Hanya tulisan Arab sahaja yang terbina dari skrip Aramaic Siryani, iaitu bermula dari abad ke 5 setelah masihi ( lihat photo di http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/ ).

Yang telah menyatukan ratusan dialek Bahasa Arab adalah Al-Quran. Kini Bahasa Arab Al-Qur'an dipanggil sebagai Bahasa Arab Klasik atau Bahasa Arab Tulin. Kemudian, bahasa Arab telah berpecah lagi kepada 2 jenis, iaitu Arab Moden dan Arab Kolokial (bahasa pasar bergantung kepada tempat).

Kaum Qibti (Mesir) telah memeluk peradaban Arab dan meninggalkan bahasa Qibti. Kaum Berber di Libya, Tunisia, Algeria, Niger, Mali dan Morocco telah meninggalkan bahasa Tamazight untuk bahasa Arab. Begitu juga kaum Maur di Mauritania dan Sahara Barat serta bangsa Sudan. Masing-masing membentuk loghat Arab tempatan.

Bahasa Arab adalah antara bahasa tertua di dunia yang masih digunakan dengan aktif. Bahasa Greek telah pudar dari pengaruhnya. Manakala bahasa Aramaic, Sanskrit dan Latin hampir pupus.

Power bahasa Arab kan? Dapat bertahan beribu-ribu tahun. Bukan itu sahaja. Bahasa Arab telah mempengaruhi banyak bahasa-bahasa lain di dunia.

Saya senaraikan perkataan Inggeris yang berasal dari bahasa Arab : admiral, adobe, alchemy, alcohol, alfalfa, algebra, algorithm, alkaline, almanac, almagam, amber, antimony, apricot, arsenal, assassin, average, azimuth, banana, benzene, candy, carat, chess, cipher, civet, cork, coffee, cotton, crimson, elixir, fanfare, gala, gauze, giberish, giraffe, guitar, ghoul, hazard, jar, jasmine, jumper, lacquer, lemon, lime, lute, massage, mask, mafia, magazine, mattress, monsoon, mortisse, muslin, orange, popinjay, racket, ream, safari, serendipity, sequin, sherbet, soda, sofa, sugar, sumac, syrup, talc, tariff, tamarind, tartar, traffic, tobacco, tuna, zenith, zero, zircon dan ratusan lagi perkataan saintifik botani yang dipinjam oleh kaum Greek dan Latin dari bahasa Arab.

Berikut adalah bahasa Moden yang banyak dipengaruhi bahasa Arab : Baluchi, Bengali, Berber, Catalan, Gujarati, Hausa, Hebrew, Melayu, Malta, Kurdish, Marathi, Pashto, Farsi, Portugis, Punjabi, Rohingya, Sindhi, Somali, Sepanyol, Sicily, Swahili, Tagalog, Turki, Hindi dan Urdu.

Kini, bahasa Arab adalah bahasa ibunda 300 juta orang di dalam 22 buah negara.

Bahasa Arab ialah salahsatu bahasa rasmi United Nations. Semakin ramai profesional dari Eropah dan Amerika berhijrah ke Tanah Arab. Ini kerana pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat di negara Teluk Arab. Mereka berhijrah kerana kerjaya dan perniagaan. Setelah 9-11, lagi ramai yang datang dan masuk Islam.

Harus ingat, Nabi kita pernah nasihat, tiada kaum yang lebih kaya dari kaum Arab Semenanjung sehingga ke akhir zaman. Di antara yang terkaya sekali dimukabumi ialah Bani Kilab. Sekiranya sesiapa yang tidak mendapat bahagian dari rampasan harta Bani Kilab, dia adalah di antara yang malang. Di antara petanda besar Qiamat ialah padang pasir berubah menjadi hijau.

Bayangkan segala jenis bahan, logistiks dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membangun semua kehendak Pak Arab Semenanjung.

Saudara dan saudari fikirlah sendiri peluang yang sangat luas dari segi kerjaya dan perniagaan. Jika kita mempelajari bahasa tambahan, kita membuka peluang untuk diri sendiri dan meningkatkan darjat.
lagi pengalaman member baru >>> http://arabictourguide.blogspot.com/
__,_._,___

Wednesday, February 2, 2011

10 Oldest Mosques in the World [10 Attachments]

From: ZU IM <zu_im@yahoo.com>




10 Oldest Mosques in the World

The designation of the oldest mosque in the world requires careful use of definitions, and must be divided into two parts, the oldest in the sense of oldest surviving building, and the oldest in the sense of oldest mosque congregation. Even here, there is the distinction between old mosque buildings that have been in continuous use as mosques, and those that have been converted to other purposes; and between buildings that have been in continuous use as mosques and those that were shuttered for many decades. In terms of congregations, they are distinguished between early established congregations that have been in continuous existence, and early congregations that ceased to exist (wikipedia). 09 More after the break...

01. Quba Mosque, Saudi Arabia
First Built: 622
02. Al-Masjid al-Nabawi, Saudi Arabia
First Built: 622

03. Masjid al-Qiblatain, Saudi Arabia

First Built: 623

04. Jawatha Mosque, Saudi Arabia

First Built: 629

05.
Masjid al-Haram, Saudi Arabia

First Built: 638

06. Great Mosque of Kufa, Iraq

First Built: 639

07.
Mosque of Uqba, Tunisia

First Built: 670

08.
Imam Hussain Mosque, Iraq

First Built: 680

09.
Al-Aqsa Mosque, Jerusalem

First Built: 705

10.
Al-Zaytuna Mosque, Tunisia

First Built: 709


__._,_.___

Attachment(s) from ZU IM

10 of 10 Photo(s)

Sunday, January 16, 2011

Siapa yang Membangunkan Kaabah?

From: Sirajuddin Abbas <sirajuddinabbas@gmail.com>


Siapa yang Membangun Kabah?
Kabah

MAKKAH--Kaabah berkali-kali rusak sehingga harus berkali-kali dibongkar sebelum dibangun kembali. Di Museum Haramain, benda-benda itu disimpan. Ada kotak tempat menyimpan parfum yang dulu pernah mengisi ruangan Kaabah. "Ruang Kaabah isinya hanya tiga pilar dan kotak parfum itu,'' ujar Abdul Rahman, menunjuk pilar-pilar dan kotak yang letaknya berjauhan.


Petugas Museum Haramain di Ummul Joud, Makkah, itu mengantar kami keliling melihat koleksi museum. Museum ini menyimpan benda-benda dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ada potongan pilar Kaabah yang bentuknya sudah seperti kayu fosil berwarna cokelat tua, disimpan bersama kunci pintu Kaabah dari kayu, juga berwarna cokelat tua. Pintu Kaabah selalu dikunci dan pemegang kunci sudah turun-temurun dari satu keluarga, sejak sebelum Nabi lahir.

Tangga kuno yang pernah dipakai untuk masuk Kaabah juga tersimpan di museum ini. Tersimpan pula pelapis Hajar Aswad serta pelapis dan pelindung Maqam Ibrahim. Jika orang orang berebut mencium pelindung Maqam Ibrahim, seharusnya yang layak dicium adalah yang tersimpan di museum ini karena usianya lebih tua dari pelindung yang sekarang dipasang.

Namun, tak ada anjuran mencium Maqam Ibrahim. Nabi hanya memberi contoh mencium Hajar Aswad.

Kotak parfum Kaabah yang disimpan di museum ini juga berwarna cokelat tua. Sewaktu masih difungsikan di dalam Kaabah, botol-botol parfum yang dipakai untuk mengharumkan ruangan Ka'bah disimpan di kotak itu.

Riwayat Kabah


Kaabah awalnya dibangun oleh Adam dan kemudian anak Adam, Syist, melanjutkannya. Saat terjadi banjir Nabi Nuh, Kaabah ikut musnah dan Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membangun kembali. Al-Hafiz Imaduddin Ibnu Katsir mencatat riwayat itu berasal dari ahli kitab (Bani Israil), bukan dari Nabi Muhammad.

Kaabah yang dibangun Ibrahim pernah rusak pada masa kekuasaan Kabilah Amaliq. Kaabah dibangun kembali sesuai rancangan yang dibuat Ibrahim tanpa ada penambahan ataupun pengurangan. Saat dikuasai Kabilah Jurhum, Kaabah juga mengalami kerusakan dan dibangun kembali dengan meninggikan fondasi. Pintu dibuat berdaun dua dan dikunci.

Di masa Qusai bin Kilab, Hajar Aswad sempat hilang diambil oleh anak-anak Mudhar bin Nizar dan ditanam di sebuah bukit. Qusai adalah orang pertama dari bangsa Quraisy yang mengelola Ka'bah selepas Nabi Ibrahim. Di masa Qusai ini, tinggi Ka'bah ditambah menjadi 25 hasta dan diberi atap. Setelah Hajar Aswad ditemukan, kemudian disimpan oleh Qusai, hingga masa Ka'bah dikuasai oleh Quraisy pada masa Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad membantu memasangkan Hajar Aswad itu pada tempat semestinya.

Dari masa Nabi Ibrahim hingga ke bangsa Quraisy terhitung ada 2.645 tahun. Pada masa Quraisy, ada perempuan yang membakar kemenyan untuk mengharumkan Ka'bah. Kiswah Ka'bah pun terbakar karenanya sehingga juga merusak bangunan Ka'bah. Kemudian, terjadi pula banjir yang juga menambah kerusakan Ka'bah. Peristiwa kebakaran ini yang diduga membuat warna Hajar Aswad yang semula putih permukaannya menjadi hitam.

Untuk membangun kembali Kaabah, bangsa Quraisy membeli kayu bekas kapal yang terdampar di pelabuhan Jeddah, kapal milik bangsa Rum. Kayu kapal itu kemudian digunakan untuk atap Kaabah dan tiga pilar Kaabah. Pilar Kaabah dari kayu kapal ini tercatat dipakai hingga 65 H. Potongan pilarnya tersimpan juga di museum.

Empat puluh sembilan tahun sepeninggal Nabi (yang wafat pada 632 Masehi atau tahun 11 Hijriah), Ka'bah juga terbakar. Kejadiannya saat tentara dari Syam menyerbu Makkah pada 681 Masehi, yaitu di masa penguasa Abdullah bin Az-Zubair, cucu Abu Bakar, yang berarti juga keponakan Aisyah.

Kebakaran pada masa ini mengakibatkan Hajar Aswad yang berdiameter 30 cm itu terpecah jadi tiga.

Untuk membangun kembali, seperti masa-masa sebelumnya, Kaabah diruntuhkan terlebih dulu. Abdullah AzZubair membangun Ka'bah dengan dua pintu. Satu pintu dekat Hajar Aswad, satu pintu lagi dekat sudut Rukun Yamani, lurus dengan pintu dekat Hajar Aswad. Abdullah bin Az-Zubair memasang pecahan Hajar Aswad itu dengan diberi penahan perak. Yang terpasang sekarang adalah lapan pecahan kecil Hajar Aswad bercampur dengan bahan lilin, kasturi, dan ambar.
Jumlah pecahan Hajar Aswad diperkirakan mencapai 50 butir.

Pada 693 Masehi, Hajjaj bin Yusuf Ath-Taqafi berkirim surat ke Khalifah Abdul Malik bin Marwan (khalifah kelima dari Bani Umayyah yang mulai menjadi khalifah pada 692 Masehi), memberitahukan bahwa Abdullah bin Az-Zubair membuat dua pintu untuk Ka'bah dan memasukkan Hijir Ismail ke dalam bangunan Ka'bah.

Hajjaj ingin mengembalikan Kaabah seperti di masa Quraisy; satu pintu dan Hijir Ismail berada di luar bangunan Ka'bah. Maka, oleh Hajjaj, pintu kedua--yang berada di sebelah barat dekat Rukun Yamani--ditutup kembali dan Hijir Ismail dikembalikan seperti semula, yakni berada di luar bangunan Ka'bah.

Akan tetapi, Khalifah Abdul Malik belakangan menyesal setelah mengetahui Ka'bah di masa Abdullah bin AzZubair dibangun berdasarkan hadis riwayat Aisyah. Di masa berikutnya, Khalifah Harun Al-Rasyid hendak mengembalikan bangunan Ka'bah serupa dengan yang dibangun Abdullah bin Az-Zubair karena sesuai dengan keinginan Nabi. Namun, Imam Malik menasihatinya agar tidak menjadikan Ka'bah sebagai bangunan yang selalu diubah sesuai kehendak setiap pemimpin. Jika itu terjadi, menurut Imam Malik, akan hilang kehebatannya di hati kaum Mukmin.

Pada 1630 Masehi, Kaabah rusak akibat diterjang banjir. Sultan Murad Khan IV membangun kembali, sesuai bangunan Hajjaj bin Yusuf hingga bertahan 400 tahun lamanya pada masa pemerintahan Sultan Abdul Abdul Aziz. Sultan inilah yang memulai projek pertama pelebaran Masjidil Haram.

Replika mushaf di Museum ini tersimpan pula replika Quran mushaf Usmani yang bacaannya, susunan surah dan ayatnya, serta jumlah surah dan ayatnya dipakai sebagai panduan hingga sekarang. Yang berbeda cuma bentuk hurufnya.

Pada masa Khalifah Usman bin Affan (35 H) dibuatlah standardisasi penulisan Quran. Di masa itu, sahabat sahabat Nabi memiliki mushaf yang berbeda satu sama lain, baik dalam hal bacaan, susunan surah dan ayat, maupun jumlah surah dan ayat.

Mushaf yang dimiliki Ibnu Mas'ud, misalnya, tidak menyertakan Surat AlFatihah dan susunan surat yang berbeda. Surah keenam bukanlah Surah Al-An'am, melainkan Surah Yunus.

Quran Ali bin Abi Thalib juga tak memiliki Surah Al-Fatihah. Ali juga tak memasukkan surah ke-13, 34, 66, dan 96 ke mushafnya. "Ukuran mushaf Usman yang asli berbeda dari yang ini.
Ini hanya duplikat,'' ujar Abdul Rahman.

http://www.republika.co.id/berita/ensiklopedia-islam/khazanah/11/01/08/157319-siapa-yang-membangun-kabah



hubungi ...

Popular Posts

Check Status Perjalanan

Money Converter

Mudah.com

Cuaca di Madinah

Cuaca di Mekah

Selamatkan Gaza

Tabung Palestin HALUAN
(Maybank Berhad) 5-644-902-085-28

Mari sama-sama kita menabung untuk SAHAM AKHIRAT,

TAKBIR ... ALLAHUAKHBAR!!!!

JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) - Jab Perdana Menteri

Panduan Umrah for "Dummy"

Panduan Umrah for "Dummy"
Sebuah panduan bagi jemaah yang pertama kali hendak menunaikan umrah.

Umrah Agencies Approved by UK

Umrah and Haj Agency Approved by Arab Saudi

Umrah Agencies Approved by US goverment

About Visa from Saudi Embassy