Blog ini memcangkupi segala aspek umrah... insyallah

  • Breaking News

    Wednesday, May 26, 2010

    Pengalaman Transit Oleh Ust Amin

    Salam,

    Ni nak kongsi bahan bacaan saya dari blog Ust Amin ... hayati

    3.00 pagi, 27 Ogos 09.

    Kami mula naik ke kapal Gulf Air, Airbus A 320, dari Bahrain untuk ke Jedah. Tempat duduk saya hari ini di belakang sekali, kerusi 28 B. Kapal kali ini seperti Air Asia. Terbuka dan tidak ada business class. Saya orang pertama yang naik ke kapal, terus ke belakang, tempat duduk saya. Seorang demi seorang naik mencari tempat duduk masing-masing. Orang-orang Arab yang naik ke kapal, main suka-suka duduk di kerusi yang kosong tanpa melihat nombor yang telah didaftarkan. Berlaku kekecohan apabila penumpang, ada yang bertekak kerana masalah tempat duduk. Pramugara dan pramugari memang dah sedia maklum perangai mereka, dengan cepat terus mencarikan tempat duduk orang yang diambil dengan tempat duduk lain. 

    Ketika kapal hampir bergerak, seorang perempuan di hadapan kerusi saya tiba-tiba bangun. Pramugari terus memberikan arahan untuk dia duduk. Rupanya dia mencari suaminya. Dari belakang terus ke hadapan sambil memanggil-manggil nama suaminya. Ketika dari hadapan ke belakang semula, baru suaminya perasaan dan menyahut panggilan isterinya. Suaminya duduk ditengah-tengah kapal. Yang ada mula senyum dengan gelagat wanita ini. Cuba bayangkan, itu baru di dunia, mencari seseorang dalam lingkungan yang kecil. Bagaimana di akhirat jika seseorang mencari orang yang diambil haknya untuk meminta maaf di dalam lautan manusia yang tidak bertepi. Betapa susahnya waktu itu. Sebab itu, di dunia ini, tunaikan hak orang lain sebaik-baiknya.


    3.15 pagi

    Kapal mula bergerak. Ia dimulakan dengan doa. Ini kelebihan kapal terbang Negara Arab. Perjalanan akan dimulakan dengan doa. 3 orang pramugari dengan muka yang kelat kerana letih melayan karenah penumpang mula menunjukkan prosedur keselamatan.


    3.26 pagi

    Kapal mula meninggalkan airport Bahrain. Ketika kapal mula bergerak, penumpang ada yang suka-suka bangun dan berdiri. Mungkin pertama kali nak kapal terbang dan tak tahu prosedur keselamatan yang ada. Kapal mula stabil dan isyarat memakai tali pinggang keselamatan mula dipadamkan. Pramugara dan pramugari yang ada, cepat-cepat kali ini mengambil makanan dan dihidangkan.

    3.40 pagi
    “Ok, kamu semua ada 10 minit sahaja makan. Dalam 3.50 akan masuk waktu subuh, katanya.
    Kami cepat-cepat makan nasi baryani yang dihidangkan. Punya kelam kabut, hingga air mineral pun tak sempat dituangkan. Setiap baris kerusi diberi sebotol air dan cawan. Masing-masing diminta untuk menuangkan sendiri. Habis makan, saya dan beberapa jemaah terus mengambil wudhuk dan solat subuh.


    4.55 pagi

    Kapal mulai turun rendah. Sudah kelihatan Bandar Jedah dari atas. Pukul 5.12 pagi, kami selamat tiba di King Abdul Aziz International Airport, Hajj Terminal.


    5. 45 pagi

    Kami masuk ke dalam satu tempat ruangan menunggu. Pada ketika ini, semua penumpang dikuarantinkan di satu tempat. Setiap penerbangan satu tempat. Kami menunggu untuk diperiksa dan masuk ke Jedah.


    Catatan Nota Ust Amin

    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk terus ke whatapps

    nota umrah

    Selamatkan Gaza

    Tabung Palestin HALUAN
    (Maybank Berhad) 5-644-902-085-28

    Mari sama-sama kita menabung untuk SAHAM AKHIRAT,

    TAKBIR ... ALLAHUAKHBAR!!!!

    Panduan Umrah Bagi Yang Masih KELIRU

    Panduan Umrah Bagi Yang Masih KELIRU
    Sebuah panduan bagi jemaah yang pertama kali hendak menunaikan umrah.

    Popular Posts

    Labels

    agensi (12) artikel (33) haji (1) makanan (3) tips (10) umrah (12) ziarah (13)