mohon sumbangan

"Hai Rabi', keridaan manusia ialah tujuan yang tak akan tercapai maka perhatikan saja apa yang baik untukmu dan tekunilah itu karena kau tak akan mendapat jalan untuk meraih keridaan semua orang. Ketahuilah, barangsiapa belajar Al-Qur'an, akan mulia di mata orang. Barangsiapa belajar hadis, akan kuat hujjah-nya. Barangsiapa belajar nahwu (tata bahasa), akan disegani. Barangsiapa belajar bahasa Arab, akan lembut perangainya. Barangsiapa belajar berhitung, akan baik pendapatnya. Barangsiapa belajar fiqih, akan mulia kedudukannya. Barangsiapa tidak menjaga diri, tidak akan bermanfaat ilmunya, dan kunci dari semua itu adalah takwa." (Shifatus Shafwah, 1/235) Al Imam Asy Syafie

Sunday, December 26, 2010

Bin Dawood

Jika kita ke Madinah atau ke Mekah, sudah pasti kita akan terjumpa perkataan BIN DAWOOD terpampang ditepi-tepi bangunan ... seperti ini




Mari kita kenali syarikat berkenaan sebelum "melontar Jamrah" di pusat-pusat membeli belah mereka ...






Kat KL pung ada Bin Dawood nie ... di Masjid India sebelah sungai bonus

Wednesday, December 22, 2010

Menyingkap Latar Belakang Bangsa Turki.

Kepada jemaah yang akan ke Turki .... Tak kira la lepas atau sebelum umrah, berikut adalah latar belakang bangsa turki buat pengetahuan antum semua.
Kenali mereka sebelum menjejak kaki ke sana adalah cara yang paling bagus dan boleh membuat kita lebih menghayati setiap sen yang kita belanjakan untuk ke sana.

Wasalam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



From: Sirajuddin Abbas <sirajuddinabbas@gmail.com>

Sohbet oleh Sheykh Abdul Kerim el-Kibrisi
Stamford, Connecticut

Medet Ya Seyyidi Ya Sultanul Awliya Medet.

(Sheykh Effendi sedang berbual-bual dengan para tetamu apabila salah seorang daripada mereka mengajukan soalan berikut) :

Soalan : Apakah kepercayaan agama orang-orang Turki sebelum Islam?

Sheykh Effendi: Orang-orang Turki berasal dari Asia Tengah. Mereka datang dari Erganakon. Orang-orang Turki adalah bangsa yang paling berakar di muka bumi ini. Asal-usul mereka adalah dari keturunan anak Nabi Nuh (aleyhi salam), yang telahmerantau ke Asia Tengah. Selepas mereka semua keluar dari bahtera Nabi Nuh (as), salah seorang dari anak lelakinya telah pergi ke Asia Tengah. Nuh (as) mempunyai tiga orang anak lelaki. Sam, Ham dan Yafes. Yafes telah merantau ke Asia Tengah, menetap di sana dan mempunyai beberapa orang anak. Bangsa Turki berasal dari keturunanYafes. Semua orang-orang Turki datang daripadanya. Yafes mempunyai seorang anak yang bernama Turk. Menurut kamus bahasa, Turk bermakna kuat dan berkuasa. Dari keturunan itulah datangnya orang-orang Turki. Mereka semua menetap di Asia Tengah.

Pada waktu itu, di Asia Tengah, dengan secara perlahan-lahan mereka mula meyimpang dari agama sebenar. Mereka mula mempercayai apa yang kita gelarkan Shamanism. Kamu tahu Shamanism? Shamans. Tetapi orang-orang Turki tetap mempercayai kewujudan tuhan yang tinggal di kayangan. Tuhan itu bukanlah seperti manusia. Dia tinggal di langit. Itulah kepercayaan mereka. Apabila Rasulullah (salatu wa salam) datang, dia berkata kepada para sahabat, "Jangan berperang dengan orang-orang Turki. Pergi dan sebarkan kepada mereka agama ini. Mereka akan menerima dengan mudah." Ini adalah kerana mereka percaya akan wujudnya tuhan di langit itu. Terdapat Gokturks (turks-kayangan), Ayturks (turks-bulan) dan lain-lain lagi. Ada kumpulan mempercayai tuhan yang berada di kayangan dan ada juga kumpulan lain yang mempercayai bahawa bulan sabit itu disokong oleh kuasa Tuhan. Jadi, itulah kepercayaan mereka, Gokturks, Hunturks (Hun Turks) dan yang lain-lain.

Apabila tibanya Islam, mereka menerima dengan begitu mudah sekali. Sewaktu mereka sedang menganuti agama Shamanism, pada ketika itu jugalah Buddhism sedang giat berkembang di bahagian dunia itu. Jadi terdapat beberapa orang Turki yang menganuti agama Buddha. Mereka merupakan orang-orang yang memiliki kepercayaan dan pegangan agama yang tinggi. Tetapi ketua-ketua dari puak masing-masing memainkan peranan utama dalam memastikan agar generasi mereka sentiasa memiliki kepercayaan agama yang kukuh. Ini adalah kerana orang Turki hidup berpuak-puak dan mereka sentiasa mematuhi dan mentaati ketua masing-masing. Menurut sejarah, mereka tidak rela dipisahkan dari ketua mereka. Sewaktu di Erganakon, di pertengahan Asia Tengah, bekalan air dan segala sumber keperluan kehabisan, mereka terpaksa keluar dari kawasan itu. Jadi mereka mula untuk mencairkan gunung dari dalam, mereka menemui jalan dan keluar dari puncak pergunungan Himalaya. Dari situ, mereka berpecah menjadi beberapa kumpulan dan beberapa puak. Tiga puak bergerak ke arah utara dari Asia Tengah. Satu puak menetap di tempat yang sekarang ini kita kenali dengan panggilan Mongolistan. Mereka tinggal di situ dan menjadi orang-orang Mongol. Puak yang satu lagi telah pergi ke Siberia dan menetap di kawasan itu. Sementara puak yang lain pula merantau terus mengelilingi Alaska hingga mereka tiba di Amerika dan menjadi apa yang kita kenali sebagai orang India-Amerika (orang Asli Amerika). Orang-orang India-Amerika berasal daripada latar belakang Turki.

Terdapat profil untuk bangsa itu. Untuk bangsa yang kian lama sudah berakar, sememangnya ada profil. Bangsa itu yang kemudiannya berpecah, seperti masa kini di Hungary, mereka yang kamu gelarkan Hungarian itu adalah orang-orang Turki. Turki dari kelompok Hun. Finlandians juga Turki. Fin. Mereka semua berasal dari bangsa Turki. Tetapi kerana mereka meninggalkan agama Islam dan menganuti agama kristian, maka semuanya telah lenyap. Banyak puak di Bulgaria juga merupakan orang-orang Turki.

Soalan : Jadi orang-orang Turki dari Bangsa Turkey yang wujud kini, apakah kepercayaan agama mereka 2,000 tahun dahulu?

Sheykh Effendi : Shamanism. Setengah dari mereka itu Buddhist dan setengah lagi Shamanis. Tetapi mereka sentiasa mempercayai, seperti dalam agama Shamanism, kewujudan Tuhan. Orang-orang Turki tidak pernah menyembah berhala. Mereka tidak menerima penyembahan berhala. Jadi bila Islam tiba, mereka berkata, "Agama ini amat sesuai bagi kami. Ini yang kami percaya." Tetapi, terdapat beberapa orang ketua yang tahu bahawa agama ini tidak akan dapat memanfaatkan mereka. Jadi mereka melakukan pemberontakan ke atas para ketua yang cenderung kepada Islam. Terdapat juga kumpulan yang ditawan oleh raja dan ketua dari kumpulan pemberontak itu dihukum pancung kerana mereka mempunyai pengaruh yang hebat. Sejurus ia dihapuskan, yang lainnya mula menerima Islam. Apabila Raja-Raja menerima Islam, seluruh rakyat jelata turut menerima Islam. Maka Islam mula berkembang pesat di Asia Tengah dan dari situ, ia menular ke seluruh kawasan.

Ini berlaku sebelum raja-raja di bahagian (dunia) itu mulai menerima Islam. Sebagai contoh, Iran tidak menerima Islam, Kaum Parsi masih lagi tidak menerima Islam pada waktu itu. Tetapi Turki menerimanya di Asia Tengah.

Jadi mereka sedang berdiri di pertengahan kawasan mereka (Persia) dan Asia Tengah dan mereka menjadi satu bangsa besar yang sangat berkuasa. Ini merupakan ancaman terbesar bagi Parsi ketika itu kerana mereka tidak boleh lagi berperang. Orang-orang Turki Seljuk sedang mara. Kaum Seljuk itu sangat berkuasa. Apa yang berlaku ialah terdapat di satu masa dulu di mana terjadinya perpecahan yang amat besar. Perpecahan di antara kaum Shia dan kaum Sunni berlaku (pada kurun ke sepuluh dan kurun ke sebelas tahun Masihi). Kini, Raja Seljuk (Togrul Beg) mendapat inspirasi untuk datang dan mempelajari dari pemerintahan (Abbasid) Khalifah. (Beliau berfikir), "Ini adalah cucu Rasulullah (sws) dan saya harus pergi mengunjungi beliau, lihat apa yang akan beliau katakan dan saya akan menurut cara itu." Jadi, orang-orang Turki mula beredar dari Asia Tengah dan mereka itu merupakan para pejuang. Tiada bangsa yang dapat berdiri di hadapan mereka. Jika mereka mempunyai satu sasaran, akan ditumpaskan sasaran itu dengan begitu mudah.

Maka apabila Raja Seljuk datang bersama rakyatnya, dia menempatkan pengawal-pengawalnya di merata kawasan. Dia memastikan kawalan yang ketat dari setiap penjuru kerana dia tahu apa yang sedang berlaku di Persia (yang kita gelarkan sebagai Iran di masa ini) pada ketika itu. Dia tahu bahawa fahaman Shia semakin menular manakala fahaman Sunni kian lemah dan pupus. Dia harus memilih satu pihak. Jadi dia membuat keputusan untuk pergi ke Baghdad untuk berjumpa dengan Khalifah terlebih dahulu. Tetapi dia akui bahawa Iran merupakan bangsa yang sangat berkuasa. Lantas dia meletakkan askar-askarnya (di tempat-tempat utama) dan berkata, " Jaga semua ini dengan baik sehingga saya pulang dari bertemu dengan Khalifah. Selepas saya pulang, kita akan membuat keputusan dalam memilih pihak."

Raja Seljuk itu merupakan seorang yang buta huruf. Beliau tidak tahu membaca dan menulis. Dia berkata, "Sewaktu saya berada di kehadirat Khalifah, inspirasi mula datang untuk saya membantu Khalifah agar membangunkan semula cara Ehl-I Sunnat." Ini adalah kerana jika Ehl-I Sunnat semakin lenyap, Islam akan karam sepenuhnya. Maka dia mengambil keputusan untuk menuruti cara Ehl-I Sunnat dan menjadi orang yang amat berkuasa dalam menentang Iran, menjatuhkan beberapa daerah dan menghancurkan fahaman salah kaum Shiite. Dia mula mara ke Timur Tengah kerana di situ terdapat kaum Shiites yang sangat berpengaruh, di Egypt dan di semua kawasan itu. Dia memusnahkan segalanya dan mendirikan benteng di sempadan kerana pihak Byzantin dan Greek (puak Eropa) sedang mula untuk menyerang Islam (Perang Salib). Mereka mula untuk mendirikan benteng pertahanan untuk menghadang kemaraan pihak musuh. Mereka menjadi orang pertama dalam menghadapi tentangan dari orang-orang Eropa, berdiri di tengah-tengah medan pertempuran dan menghentikan segala-galanya.

Jadi, kerana mereka telah banyak membantu dalam perjalanan Ehl-I Sunnat, Khalifah itu telah memberi mereka gelaran tertinggi yang berkata, "Kamu sekarang adalah ketua bagi askar-askar." Mereka mula memerintah dari situ, berterusan secara perlahan-lahan, berterusan, berulang-alik dan terdapat banyak perkara yang mengalami perubahan secara perlahan, tetapi mereka menjadi lebih berkuasa hingga ke masa kerajaan Ottomon. Apabila kuasa jatuh ke tangan Ottoman, mereka pergi ke Egypt di mana orang-orang Turki Mamluk (mereka adalah mamluk yang berasal dari kini dikenali sebagai Cherkezistan, iaitu Circassia) sedang memerintah. Mereka (Turki Mamluk) berkhidmat sebagai askar-askar upahan. Tidak lama kemudian, bangsa Mamluk menakluki kesemua negeri itu dan mula memerintah. Apabila bangsa Mamluk mula menyimpang dari perjalanan agama yang sebenar, maka Sultan Selim (Pemerintah Ottoman) memberi kata putus dan berkata kepada mereka, " Saya akan pergi ke sana untuk mengambil Khilafat dari kamu. Jika kamu menentang, saya akan menghancurkan kamu semua." Jadi sewaktu mereka melalui kawasan padang pasir yang kini dikenali sebagi Padand Pasir Sinai (di mana mereka kini tidak boleh melalui dengan segala senjata-senjata yang dimiliki dan Sultan Selim melaluinya dengan askar-askarnya) mereka (orang-orang Mamluk) berkata, "adalah amat mustahil untuk melalui kawasan padang pasir ini." Mereka (Ottoman) melaluinya, dia (Sultan Salim) tiba di Egypt, mengambil alih Khilafat dari situ, dia mengelilingi ke Damascus, memberi kuasa besar kepada ahli-ahli agama di sana yang mempercayai pegangan Ehl-I Sunnat dan menyebarkannya ke seluruh kawasan dan dia kembali ke Istanbul. Sejak dari masa itu hingga ke tahun 1923, Ottoman menjadi satu-satunya kuasa yang memerintah sebagi Sultan dan Khalifah. Seluruh negeri-negeri Islam berada di bawah naungan mereka.
.

(Sheykh Efendi seterusnya berbicara mengenai tajuk yang lain)

Al-Fatiha

http://ridwanosmanli.wordpress.com/2010/08/27/menyingkap-latar-belakang-bangsa-turki/

Sunday, December 5, 2010

Firaun Manakah Yang Tenggelam di Laut Merah?

Kepada jemaah yang akan menziarahi Mesir dalam rangka mengerjakan umrah, berikut adalah sedikit makluman mengenai tajuk diatas.

Wasalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



From: Sirajuddin Abbas <sirajuddinabbas@gmail.com>


Kisah mengenai Mukjizat Nabi Musa (Moses) yang membelah Laut Merah dengan tongkatnya untuk menghindari kejaran Fir'aun dan bala tentaranya tentunya sudah tak asing lagi ditelinga kita. Di kitab suci Al-Qur'an dan Alkitab, kronologi pengejaran dikisahkan begitu gamblang walaupun terdapat sedikit perberbedaan kisah diatara keduanya. Namun yang pasti, kedua kitab suci tersebut mengisahkan kepada kita mengenai akhir yang menggembirakan bagi Musa beserta Kaum Bani Israel karena


dapat meloloskan diri dari kejaran Fir'aun beserta bala tentaranya. Dan bagi sang Fir'aun, ia justru menemui ajalnya setelah tenggelam bersama pasukannya di Laut Merah


Walaupun Al-Quran dan Alkitab sudah cukup jelas mengisahkan kronologi peristiwa itu terjadi, namun masih terdapat teka-teki mengenai siapa sebenarnya Fir'aun yang memimpin pengejaran terhadap Musa beserta kaum Bani Israel? Al-Quran dan Alkitab tidak menyebutkan secara mendetail siapakah Fir'aun yang dimaksud.

Fir'aun (Pharaoh) merupakan gelar yang diberikan kepada raja-raja Mesir kuno. Asal usul istilah Fir'aun sebetulnya merujuk kepada nama istana tempat berdiamnya seorang raja, namun lama – kelamaan digunakan sebagai gelar raja-raja Mesir kuno. Banyak Fir'aun yang telah memimpin peradaban yang terkenal dengan penginggalan Piramida Khufu-nya itu, mulai dari Raja Menes -sekitar 3000 SM, pendiri kerajaan, pemersatu Mesir hulu dan hilir – hingga Mesir jatuh dibawah kepemimpinan raja-raja dari Persia.

Sejauh ini telah banyak studi yang dilakukan untuk mengidentifikasi siapakah Fir'aun yang sedang berkuasa saat peristiwa keluarnya Musa beserta Bani Israel dari tanah Mesir. Berikut beberapa kandidatnya :

* Ahmose I (1550 SM – 1525 SM)
* Thutmose I (1506 SM – 1493 SM)
* Thutmose II (1494 SM – 1479 SM)
* Thutmose III (1479 SM – 1425 SM)
* Amenhotep II (1427 SM – 1401 SM)
* Amenhotep IV (1352 SM – 1336 SM)
* Horemheb (sekitar 1319 SM – 1292 SM)
* Ramesses I (sekitar 1292 SM – 1290 SM)
* Seti I (sekitar 1290 SM – 1279 SM)
* Ramesses II (1279 SM – 1213 SM)
* Merneptah (1213 SM – 1203 SM)
* Amenmesse (1203 SM – 1199 SM)
* Setnakhte (1190 SM – 1186 SM)

Dari daftar beberapa Fir'aun diatas, nama Ramesses II selama ini memang kerap diidentifikasikan sebagai Fir'aun yang sedang berkuasa pada saat itu. Ia merupakan sosok Fir'aun terbesar dan terkuat yang pernah memimpin peradaban Mesir kuno. Ramesses II juga merupakan salah satu Fir'aun yang paling lama berkuasa, yakni 66 tahun lamanya.

Sifatnya yang kadang tirani terhadap masyarakat kelas bawah, membuat sejarawan banyak yang berspekulasi dengan menyebutkan ia sebagai raja yang memperbudak Bani Israel. Walaupun demikian, tidak ada bukti arkeologi yang benar-benar memperkuat dugaan tersebut. Selain itu periode masa hidupnya juga dikatakan tidak cocok dengan kemungkinan terjadinya peristiwa keluaran.

Kemudian menilik ke Raja Merneptah – putra Ramesses II – yang berkuasa setelah Ramesses II mangkat, ia juga bukan merupakan Fir'aun yang dimaksud mengingat pada masa pemerintahannya, Merneptah pernah mengatakan bahwa Bangsa Israel telah tiba di tanah Kana'an. Itu artinya, peristiwa keluarnya Musa beserta Bani Israel telah lama terjadi sebelum ia berkuasa.

Lalu bagaimana dengan Seti I, ayah dari Ramesses II ? Bagaimanapun juga, ahli sejarah Alkitab mengatakan peristiwa keluaran ini terjadi disekitar 1400 SM, itu jauh dari masa pemerintahan Seti I.

Beberapa Sejarawan yang menggunakan metode penelitian dengan cara mencocokkan kronologi di dalam catatan-catatan peninggalan Mesir Kuno dengan perkiraan waktu keluaran pada kitab suci menyimpulkan, kemungkinan peristiwa itu terjadi saat Mesir kuno dibawah pimpinan Raja-raja Dinasti ke-18.

Dinasti ke-18 mencakup beberapa raja, yakni Thutmose I (1506 SM – 1493 SM), Thutmose II (1494 SM – 1479 SM), diselingi oleh kepempinan Fir'aun wanita yaitu Ratu Hatsepsut (1479 SM -1458 SM) kemudian Thutmose III (1479 SM – 1425 SM).
Benarkan Thutmose II Fir'aun yang tenggelam di Laut Merah?

Relief Thutmose II


Menurut studi yang dilakukan oleh Sejarawan Alan Gardiner, setelah kematian Thutmose I dan masa persinggahannya selama 40 tahun di Madyan / Midian, Musa memutuskan untuk kembali ke tanah Mesir tempat beliau dibesarkan. Allah menugaskan Musa untuk menyampaikan ajaran agama yang hakiki kepada Fir'aun. Pada saat itu, Mesir dipimpin oleh Raja Thutmose II yang memperistri Ratu Hatshepsut.


Thutmose II, menurut sejarah bukanlah sosok Fir'aun yang hebat, sebaliknya istrinya Hatshepsut yang banyak berperan penting bagi kemajuan kerajaan. Walaupun bukan merupakan sosok pemimpin yang dikatakan berpengaruh, Gardiner tetap meyakini Thutmose II merupakan kandidat terkuat fir'aun yang melakukan pengejaran terhadap Musa beserta kaum Bani Israel. Hal itu dikarenakan banyaknya kecocokan dengan studi sejarah yang ia lakukan.

Garnier juga menambahakan bahwa di pusara tempat berdiamnya mummi Thutmose II, hampir tidak ditemukan ornamen-ornamen dan benda-benda berharga "semewah" pusara raja-raja Mesir kuno yang lainnya. Ada kesan bahwa raja ini tidak begitu disukai dan dihormati oleh rakyatnya, sehingga mereka tak peduli dengan kematian sang Raja. Selain itu, kematiannya yang mendadak juga menjadi salah satu alasannya.

Penelitian terhadap Mummi Thutmose II yang ditemukan di situs Deir el-Bahri pada tahun 1881 mengungkapkan bahwa terdapat banyak bekas cidera di tubuhnya, dan Mummi-nya ditemukan tidak dalam kondisi yang bagus. Hal ini mungkin menandakan Thutmose II mati secara tidak wajar. Apakah cidera di tubuhnya itu akibat hempasan kekuatan gelombang Laut Merah yang secara tiba-tiba tertutup kembali? Wallahu 'alam Bishawab

Al-Quran sendiri mengisahkan detik-detik terakhir kehidupan Sang Fir'aun :

Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia ;" Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". ( QS Yunus 90).

Dari ayat diatas kita dapat mengetahui bahwa Fir'aun mencoba memohon kepada Allah agar ia diselamatkan ketika air mengenggelamkan raganya. Namun sangatlah jelas bahwasannya tindakan Fir'aun hanyalah suatu kebohongan semata sebagai alasan untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari maut.

Setelah sang Fir'aun tewas pada periode pemerintahannya yang tergolong singkat, besar kemungkinan jalannya roda pemerintahan diambil alih sementara oleh sang Ratu yang tak lain ialah Hatshepsut sebelum akhirnya Thutmose III naik tahta.

Jika benar Thutmose II merupakan Fir'aun yang dimaksud, ada suatu kemungkinan kronologi sejarahnya menjadi demikian :

Pertama, Musa dibesarkan dilingkungan kerajaan Mesir saat Thutmose I berkuasa, dan istri Thutmose I yang menemukan bayi Musa saat hanyut di Sungai Nil.

Kedua, selang puluhan tahun setelah Musa melarikan diri dari tanah Mesir karena ancaman hukuman mati akibat peristiwa terbunuhnya seorang prajurit kerajaan olehnya, ia kembali untuk menyampaikan ajaran Allah kepada Fir'aun. Namun pada saat itu mungkin Thutmose I telah meninggal dan digantikan putranya Thutmose II.
Mummi Thutmose II

Mengapa Thutmose II Diyakini Sebagai Firaun Yang Tenggelam di Laut Merah Sedangkan Mummi-nya Sendiri Berhasil Ditemukan?

Pertanyaan diatas memang kerap ditanyakan. Mereka yang bertanya kebanyakan beranggapan bahwa Jasad Fir'aun tidak mungkin berhasil ditemukan apalagi dalam bentuk Mummi, sebab telah tenggelam di Laut Merah bersama bala tentaranya.
source: http://inmystery.blogspot.com/2010/05/firaun-manakah-yang-tenggelam-di-laut.html

hubungi ...

Popular Posts

Check Status Perjalanan

Money Converter

Mudah.com

Cuaca di Madinah

Cuaca di Mekah

Selamatkan Gaza

Tabung Palestin HALUAN
(Maybank Berhad) 5-644-902-085-28

Mari sama-sama kita menabung untuk SAHAM AKHIRAT,

TAKBIR ... ALLAHUAKHBAR!!!!

JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) - Jab Perdana Menteri

Panduan Umrah for "Dummy"

Panduan Umrah for "Dummy"
Sebuah panduan bagi jemaah yang pertama kali hendak menunaikan umrah.

Umrah Agencies Approved by UK

Umrah and Haj Agency Approved by Arab Saudi

Umrah Agencies Approved by US goverment

About Visa from Saudi Embassy