Blog ini memcangkupi segala aspek umrah... insyallah

  • Breaking News

    Sunday, June 27, 2010

    Madain Salleh (Utara Madinah)


    Amnya ...
    Kebanyakkan agensi yang menawarkan perkhidmatan pelancongan ke Madain Salleh akan bermalam di sana dalam sekira-kira 2 hari 1 malam. Ini adalah kerana jaraknya yang jauh. Jarak dari Madinah ke Madain Salleh(utara Madinah) adalah sekitar 400km - hampir sama dengan jarak Madinah ke Mekah.

    Sejarahnya ...

    Perkataan Madain adalah jama' kpd perkataan "madyan" yang bermaksud "bandar". Jadi, Madain Salleh bermaksud Bandar-Bandar
    Nabi Salleh. Nabi Salleh a.s. ialah rasul utusan Allah kepada kaum Thamud. Madain Salleh yang juga dikenali dengan nama al-Hijr (batu) terletak berhampiran dengan Al-Ula, lebih kurang 400 kilometer di utara Madinah. Madain Salleh yang terletak di kawasan padang pasir ini mempunyai lebih kurang 300 buah rumah termasuk Qasr Bintu iaitu istana puteri raja di atas puncak gunung (puncak gunung dipahat menjadi istana), 130 telaga dan kubur dalam kawasan seluas 13 kilometer. Kawasan ini telah pun dipagar kerana ia telah mendapat
    pengiktirafan sebagai salah sebuah kawasan world heritage oleh UNESCO pada tahun 2008.

    Ringkasan dari keingkaran kaum Thamud adalah Allah
    memerintahkan Nabi Salleh bersama beberapa pengikutnya yang beriman untuk berhijrah ke Ramallah, Palestin dan membinasakan seluruh penduduk Madain Salleh dengan bunyi halilintar yang sangat kuat. 

    Semua Kaum Thamud meninggal dunia tetapi segala gunung
    ganang yang telah ditebuk dan diukir oleh kaum Thamud utuh dalam bentuknya yang asal. Allah mahukan ummat selepas itu mengambil pengajaran melihat kehalusan seni bina dan ukiran serta kemodenan teknologi menebuk bukit batu (bukan bukit tanah) yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada ummat lampau. Tetapi awas, apakah kita semua juga seperti kaum Thamud? Memekakkan telinga dari mendengar seruan Allah melalui Tarbiah yang diadakan dimasjid dan azan mengajak kita berjemaah! Apakah kita dan mereka serupa ... renung-renungkanlah!!!

    Kehebatan Kaum Nabi Salleh disebut di dalam Alquran ...

    "Dan ingatlah ketika Dia menjadikan kamu khalifah-khalifah setelah kaum 'Ad dan menempatkan kamu di bumi. Di tempat yang datar kamu dirikan istana-istana dan di bukit-bukit kamu pahat menjadi rumah-rumah. Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi." (Al-A'raf:74)
    "Dan kamu pahat dengan terampil sebahagian gunung-ganang untuk dijadikan rumah-rumah" (as-Syu'ara:149)

    Dakwah Nabi Salleh ...
    "Kaum Thamud telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Saleh berkata kepada mere­ka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu'ara:141-142)

    "Dan sesungguhnya penduduk negeri Hijr benar-benar telah mendustakan para rasul mereka. dan Kami telah mendatangkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami, tetapi mereka selalu berpaling darinya. dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung batu, (yang didiami) dengan rasa aman. Kemudian mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur di pagi hari. Sehingga tidak berguna bagi mereka apa yang mereka usahakan." (al-Hijr:80-84)

    "Dan kepada kaum Thamud (Kami utus) saudara mereka, Salleh. Dia berkata, "wahai kaumku! sembahlah Allah! tidak ada tuhan sembahan bagimu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Ini (seekor) unta betina dari Allah sebagai tanda untukmu. Biarkanlah ia makan di bumi Allah, janganlah disakiti, nanti akibatnya kamu akan mendapat siksaaan yang pedih" (Al-A'raf:74)

    "Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan berlaku angkuh terhadap perintah Tuhannya. Mereka berkata, "Wahai Salleh! Buktikanlah ancaman kamu kepada kami, jika benar engkau salah seorang rasul" (Al-A'raf:77)

    Peringatan Dari Allah ...
    "Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa". (Al-Fathir:44)

    "Dan nikmat tuhanmu yang mana satukah yang ingin kamu dustakan lagi" (Al-Rahman) banyak kali diulang-ulang ayat ini ...

    Amalan Rasulullah ...
    Perbuatan Rasulullah SAW yang tidak berhenti di kawasan Madain Salleh ini sekembalinya baginda dan para sahabat yang lain dari Perang Tabuk. Walaupun para sahabat yang sangat kepenatan dan kehausan meminta baginda berhenti rehat di kawasan ini, namun Rasulullah SAW terus meneruskan perjalanan sehinggalah ke Al-U'la. Apabila ditanya oleh para sahabat selepas itu kenapa baginda tidak berhenti di Madain Salleh, malah baginda memecut unta laju-laju ketika melalui kawaan ini, baginda menjawab bahawa kawasan itu adalah kawasan tempat laknat Allah, tempat pernah turunnya azab yang dahsyat. Masjid tempat Rasulullah SAW dan para sahabat berhenti untuk solat dan rehat masih terdapat di Al'Ula.

    Mengetahui terperinci ... lawati blog Mujahidah ...

    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk terus ke whatapps

    nota umrah

    Selamatkan Gaza

    Tabung Palestin HALUAN
    (Maybank Berhad) 5-644-902-085-28

    Mari sama-sama kita menabung untuk SAHAM AKHIRAT,

    TAKBIR ... ALLAHUAKHBAR!!!!

    Panduan Umrah Bagi Yang Masih KELIRU

    Panduan Umrah Bagi Yang Masih KELIRU
    Sebuah panduan bagi jemaah yang pertama kali hendak menunaikan umrah.

    Popular Posts

    Labels

    agensi (12) artikel (33) haji (1) makanan (3) tips (10) umrah (12) ziarah (13)