Kalau tak dapat melawat Baitul Maqdis para jemaah boleh melawat Amman , Jordan seperti melawat laut mati, Gua Ashaabul kahfi, maqam Nabi Shua`ib, Roman Amphiteater dan lain-lain tempat lagi. Sekiranya ada cadangan nak melawat Dimasyq (Damshiq), Syria bagus juga kerana Damshik juga merupakan satu destinasi yang penting kerana ianya sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah selepas pemerintahan Al Khulafa` Ar Raashidin . Banyak kesan peninggalan zaman silam dan kesan Bani Umayyah di Damshik.
Dari Amman, Jordan ke Damshiq hanya 2 atau 3 jam perjalanan dengan bas dan rakyat Malaysia tidak perlu mohon visa memasuki Jordan dan Syria. Walaubagaimana pun lawatan ke Baitul Maqdis atau Damshik, Syria ini diatas perbelanjaan sendiri . Saya tak tahu lagi berapa bayarannya kerana urusan ke Baitul Maqdis dibuat setelah para jemaah sampai di Jordan (kerana bergantung kepada harga 'on-the-ground'). Begitu juga lawatan ke Syria tetapi saya anggarkan dalam RM500. Ada pun lawatan ke Jordan , harganya termasuk dalam harga pakej yang akan ditentukan oleh pihak agensi selepas dapat harga tiket dari syarikat penerbangan nanti. Lawatan ke Baitul Maqdis juga tertakluk kepada kelulusan.
Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman. Sebenarnya ramai orang yang tak faham. Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. Al Masjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamat awal-awal lagi (sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akan menutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Maqdis pula mahal.
Pada 1995 dahulu ada 14 orang lagi jemaah kena bayar USD200 untuk pakej 3 hari 2 malam di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula, 10 orang jemaah dikenakan bayaran USD150 untuk 2 hari 1 malam . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk USD27, cukai keluar USD25 dan bayar kepada Kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax) USD20. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya. Walaubagaimana pun tahun lepas, saya dapat tahu dari travel agensi di Amman bahawa procedure untuk ke Baitul Maqdis sangat ketat terutamanya terhadap jemaah dari Malaysia. Sebab itulah saya katakan kalau ada rezeki kerana bukan semua orang yang masuk Jordan boleh melawat Baitul Maqdis.
Kebanyakkan para jemaah rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana selalu dok dengar jer ... nah sekarang dapat menjejakkan kaki. Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ke tangan yahudi laknatullaah. Kebanyakkan para jemaah akan rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa. Ramai yang terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kali pertama para jemaah terpaku dihadapan Kabah.
Sesetengah jemaah sempat menunaikan solat maghrib dan `ishyak. Terkadang, penjaga hotel akan menasihatkan agar jangan pergi ke sana atas sebab-sebab keselamatan. Begitulah cabaran yang menanti ... bayangkan, kalau nak pergi solat subuh/maghrib/isyak, para jemaah akan melalui tempat gelap. Untuk ke Al Masjidil Aqsa para jemaah mesti masuk kota lama Baitul Maqdis, melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olah para jemaah hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Ramai yang tidak puas tinggal di Baitul Maqdis - sekadar 2 malam.
Tapi tak mengapa, kekuatan kita adalah pada doa. Mengikut hadith apabila yahudi di usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir dengan qiamat. Suatu hari, insyallah Baitul Maqdis, pasti jatuh ketangan orang Islam. AMIN.
Sekadar perkongsian dari sahabat ana yang membawa jemaah umrah ke Baitul Maqdis.
Perbincangan lanjut ada di ...
dan di ...
No comments:
Post a Comment