Blog ini memcangkupi segala aspek umrah... insyallah

  • Breaking News

    Wednesday, December 22, 2010

    Menyingkap Latar Belakang Bangsa Turki.

    Kepada jemaah yang akan ke Turki .... Tak kira la lepas atau sebelum umrah, berikut adalah latar belakang bangsa turki buat pengetahuan antum semua.

    Kenali mereka sebelum menjejak kaki ke sana adalah cara yang paling bagus dan boleh membuat kita lebih menghayati setiap sen yang kita belanjakan untuk ke sana.


    Wasalam.
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


    From: Sirajuddin Abbas <sirajuddinabbas@gmail.com>



    Sohbet oleh Sheykh Abdul Kerim el-Kibrisi
    Stamford, Connecticut

    Medet Ya Seyyidi Ya Sultanul Awliya Medet.
    (Sheykh Effendi sedang berbual-bual dengan para tetamu apabila salah seorang daripada mereka mengajukan soalan berikut) :



    Soalan : Apakah kepercayaan agama orang-orang Turki sebelum Islam?
    Sheykh Effendi: Orang-orang Turki berasal dari Asia Tengah. Mereka datang dari Erganakon. Orang-orang Turki adalah bangsa yang paling berakar di muka bumi ini. Asal-usul mereka adalah dari keturunan anak Nabi Nuh (aleyhi salam), yang telahmerantau ke Asia Tengah. Selepas mereka semua keluar dari bahtera Nabi Nuh (as), salah seorang dari anak lelakinya telah pergi ke Asia Tengah. Nuh (as) mempunyai tiga orang anak lelaki. Sam, Ham dan Yafes. Yafes telah merantau ke Asia Tengah, menetap di sana dan mempunyai beberapa orang anak. Bangsa Turki berasal dari keturunanYafes. Semua orang-orang Turki datang daripadanya. Yafes mempunyai seorang anak yang bernama Turk. Menurut kamus bahasa, Turk bermakna kuat dan berkuasa. Dari keturunan itulah datangnya orang-orang Turki. Mereka semua menetap di Asia Tengah.

    Pada waktu itu, di Asia Tengah, dengan secara perlahan-lahan mereka mula meyimpang dari agama sebenar. Mereka mula mempercayai apa yang kita gelarkan Shamanism. Kamu tahu Shamanism? Shamans. Tetapi orang-orang Turki tetap mempercayai kewujudan tuhan yang tinggal di kayangan. Tuhan itu bukanlah seperti manusia. Dia tinggal di langit. Itulah kepercayaan mereka. Apabila Rasulullah (salatu wa salam) datang, dia berkata kepada para sahabat, "Jangan berperang dengan orang-orang Turki. Pergi dan sebarkan kepada mereka agama ini. Mereka akan menerima dengan mudah." Ini adalah kerana mereka percaya akan wujudnya tuhan di langit itu. Terdapat Gokturks (turks-kayangan), Ayturks (turks-bulan) dan lain-lain lagi. Ada kumpulan mempercayai tuhan yang berada di kayangan dan ada juga kumpulan lain yang mempercayai bahawa bulan sabit itu disokong oleh kuasa Tuhan. Jadi, itulah kepercayaan mereka, Gokturks, Hunturks (Hun Turks) dan yang lain-lain.

    Apabila tibanya Islam, mereka menerima dengan begitu mudah sekali. Sewaktu mereka sedang menganuti agama Shamanism, pada ketika itu jugalah Buddhism sedang giat berkembang di bahagian dunia itu. Jadi terdapat beberapa orang Turki yang menganuti agama Buddha. Mereka merupakan orang-orang yang memiliki kepercayaan dan pegangan agama yang tinggi. Tetapi ketua-ketua dari puak masing-masing memainkan peranan utama dalam memastikan agar generasi mereka sentiasa memiliki kepercayaan agama yang kukuh. Ini adalah kerana orang Turki hidup berpuak-puak dan mereka sentiasa mematuhi dan mentaati ketua masing-masing. Menurut sejarah, mereka tidak rela dipisahkan dari ketua mereka. Sewaktu di Erganakon, di pertengahan Asia Tengah, bekalan air dan segala sumber keperluan kehabisan, mereka terpaksa keluar dari kawasan itu. Jadi mereka mula untuk mencairkan gunung dari dalam, mereka menemui jalan dan keluar dari puncak pergunungan Himalaya. Dari situ, mereka berpecah menjadi beberapa kumpulan dan beberapa puak. Tiga puak bergerak ke arah utara dari Asia Tengah. Satu puak menetap di tempat yang sekarang ini kita kenali dengan panggilan Mongolistan. 

    Mereka tinggal di situ dan menjadi orang-orang Mongol. Puak yang satu lagi telah pergi ke Siberia dan menetap di kawasan itu. Sementara puak yang lain pula merantau terus mengelilingi Alaska hingga mereka tiba di Amerika dan menjadi apa yang kita kenali sebagai orang India-Amerika (orang Asli Amerika). Orang-orang India-Amerika berasal daripada latar belakang Turki.
    Terdapat profil untuk bangsa itu. Untuk bangsa yang kian lama sudah berakar, sememangnya ada profil. Bangsa itu yang kemudiannya berpecah, seperti masa kini di Hungary, mereka yang kamu gelarkan Hungarian itu adalah orang-orang Turki. Turki dari kelompok Hun. Finlandians juga Turki. Fin. Mereka semua berasal dari bangsa Turki. Tetapi kerana mereka meninggalkan agama Islam dan menganuti agama kristian, maka semuanya telah lenyap. Banyak puak di Bulgaria juga merupakan orang-orang Turki.

    Soalan : Jadi orang-orang Turki dari Bangsa Turkey yang wujud kini, apakah kepercayaan agama mereka 2,000 tahun dahulu?
    Sheykh Effendi : Shamanism. Setengah dari mereka itu Buddhist dan setengah lagi Shamanis. Tetapi mereka sentiasa mempercayai, seperti dalam agama Shamanism, kewujudan Tuhan. Orang-orang Turki tidak pernah menyembah berhala. Mereka tidak menerima penyembahan berhala. Jadi bila Islam tiba, mereka berkata, "Agama ini amat sesuai bagi kami. Ini yang kami percaya." Tetapi, terdapat beberapa orang ketua yang tahu bahawa agama ini tidak akan dapat memanfaatkan mereka. Jadi mereka melakukan pemberontakan ke atas para ketua yang cenderung kepada Islam. Terdapat juga kumpulan yang ditawan oleh raja dan ketua dari kumpulan pemberontak itu dihukum pancung kerana mereka mempunyai pengaruh yang hebat. Sejurus ia dihapuskan, yang lainnya mula menerima Islam. Apabila Raja-Raja menerima Islam, seluruh rakyat jelata turut menerima Islam. Maka Islam mula berkembang pesat di Asia Tengah dan dari situ, ia menular ke seluruh kawasan.

    Ini berlaku sebelum raja-raja di bahagian (dunia) itu mulai menerima Islam. Sebagai contoh, Iran tidak menerima Islam, Kaum Parsi masih lagi tidak menerima Islam pada waktu itu. Tetapi Turki menerimanya di Asia Tengah.
    Jadi mereka sedang berdiri di pertengahan kawasan mereka (Persia) dan Asia Tengah dan mereka menjadi satu bangsa besar yang sangat berkuasa. Ini merupakan ancaman terbesar bagi Parsi ketika itu kerana mereka tidak boleh lagi berperang. Orang-orang Turki Seljuk sedang mara. Kaum Seljuk itu sangat berkuasa. Apa yang berlaku ialah terdapat di satu masa dulu di mana terjadinya perpecahan yang amat besar. Perpecahan di antara kaum Shia dan kaum Sunni berlaku (pada kurun ke sepuluh dan kurun ke sebelas tahun Masihi). Kini, Raja Seljuk (Togrul Beg) mendapat inspirasi untuk datang dan mempelajari dari pemerintahan (Abbasid) Khalifah. (Beliau berfikir), "Ini adalah cucu Rasulullah (sws) dan saya harus pergi mengunjungi beliau, lihat apa yang akan beliau katakan dan saya akan menurut cara itu." Jadi, orang-orang Turki mula beredar dari Asia Tengah dan mereka itu merupakan para pejuang. Tiada bangsa yang dapat berdiri di hadapan mereka. Jika mereka mempunyai satu sasaran, akan ditumpaskan sasaran itu dengan begitu mudah.
    Maka apabila Raja Seljuk datang bersama rakyatnya, dia menempatkan pengawal-pengawalnya di merata kawasan. Dia memastikan kawalan yang ketat dari setiap penjuru kerana dia tahu apa yang sedang berlaku di Persia (yang kita gelarkan sebagai Iran di masa ini) pada ketika itu. Dia tahu bahawa fahaman Shia semakin menular manakala fahaman Sunni kian lemah dan pupus. Dia harus memilih satu pihak. 

    Jadi dia membuat keputusan untuk pergi ke Baghdad untuk berjumpa dengan Khalifah terlebih dahulu. Tetapi dia akui bahawa Iran merupakan bangsa yang sangat berkuasa. Lantas dia meletakkan askar-askarnya (di tempat-tempat utama) dan berkata, " Jaga semua ini dengan baik sehingga saya pulang dari bertemu dengan Khalifah. Selepas saya pulang, kita akan membuat keputusan dalam memilih pihak."

    Raja Seljuk itu merupakan seorang yang buta huruf. Beliau tidak tahu membaca dan menulis. Dia berkata, "Sewaktu saya berada di kehadirat Khalifah, inspirasi mula datang untuk saya membantu Khalifah agar membangunkan semula cara Ehl-I Sunnat." Ini adalah kerana jika Ehl-I Sunnat semakin lenyap, Islam akan karam sepenuhnya. Maka dia mengambil keputusan untuk menuruti cara Ehl-I Sunnat dan menjadi orang yang amat berkuasa dalam menentang Iran, menjatuhkan beberapa daerah dan menghancurkan fahaman salah kaum Shiite. Dia mula mara ke Timur Tengah kerana di situ terdapat kaum Shiites yang sangat berpengaruh, di Egypt dan di semua kawasan itu. Dia memusnahkan segalanya dan mendirikan benteng di sempadan kerana pihak Byzantin dan Greek (puak Eropa) sedang mula untuk menyerang Islam (Perang Salib). Mereka mula untuk mendirikan benteng pertahanan untuk menghadang kemaraan pihak musuh. Mereka menjadi orang pertama dalam menghadapi tentangan dari orang-orang Eropa, berdiri di tengah-tengah medan pertempuran dan menghentikan segala-galanya.

    Jadi, kerana mereka telah banyak membantu dalam perjalanan Ehl-I Sunnat, Khalifah itu telah memberi mereka gelaran tertinggi yang berkata, "Kamu sekarang adalah ketua bagi askar-askar." Mereka mula memerintah dari situ, berterusan secara perlahan-lahan, berterusan, berulang-alik dan terdapat banyak perkara yang mengalami perubahan secara perlahan, tetapi mereka menjadi lebih berkuasa hingga ke masa kerajaan Ottomon. Apabila kuasa jatuh ke tangan Ottoman, mereka pergi ke Egypt di mana orang-orang Turki Mamluk (mereka adalah mamluk yang berasal dari kini dikenali sebagai Cherkezistan, iaitu Circassia) sedang memerintah. Mereka (Turki Mamluk) berkhidmat sebagai askar-askar upahan. Tidak lama kemudian, bangsa Mamluk menakluki kesemua negeri itu dan mula memerintah. 

    Apabila bangsa Mamluk mula menyimpang dari perjalanan agama yang sebenar, maka Sultan Selim (Pemerintah Ottoman) memberi kata putus dan berkata kepada mereka, " Saya akan pergi ke sana untuk mengambil Khilafat dari kamu. Jika kamu menentang, saya akan menghancurkan kamu semua." Jadi sewaktu mereka melalui kawasan padang pasir yang kini dikenali sebagi Padand Pasir Sinai (di mana mereka kini tidak boleh melalui dengan segala senjata-senjata yang dimiliki dan Sultan Selim melaluinya dengan askar-askarnya) mereka (orang-orang Mamluk) berkata, "adalah amat mustahil untuk melalui kawasan padang pasir ini." Mereka (Ottoman) melaluinya, dia (Sultan Salim) tiba di Egypt, mengambil alih Khilafat dari situ, dia mengelilingi ke Damascus, memberi kuasa besar kepada ahli-ahli agama di sana yang mempercayai pegangan Ehl-I Sunnat dan menyebarkannya ke seluruh kawasan dan dia kembali ke Istanbul. Sejak dari masa itu hingga ke tahun 1923, Ottoman menjadi satu-satunya kuasa yang memerintah sebagi Sultan dan Khalifah. Seluruh negeri-negeri Islam berada di bawah naungan mereka.
    .

    (Sheykh Efendi seterusnya berbicara mengenai tajuk yang lain)
    Al-Fatihah

    http://ridwanosmanli.wordpress.com/2010/08/27/menyingkap-latar-belakang-bangsa-turki/

    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik image dibawah untuk terus ke whatapps

    nota umrah

    Selamatkan Gaza

    Tabung Palestin HALUAN
    (Maybank Berhad) 5-644-902-085-28

    Mari sama-sama kita menabung untuk SAHAM AKHIRAT,

    TAKBIR ... ALLAHUAKHBAR!!!!

    Panduan Umrah Bagi Yang Masih KELIRU

    Panduan Umrah Bagi Yang Masih KELIRU
    Sebuah panduan bagi jemaah yang pertama kali hendak menunaikan umrah.

    Popular Posts

    Labels

    agensi (12) artikel (33) haji (1) makanan (3) tips (10) umrah (12) ziarah (13)